Seperti biasa sudah terdapat beberapa maid yang menunggu Aurora pulang dari Arkadia dan gadis itu menghulur segala barang dia pada maid-maid tersebut dan di hadapan dia terdapat Madam Zahra yang menunggu sambil menunduk sedikit.
"Selamat kembali Cik Muda Aurora." Sapa Madam Zahra sambil menunduk hormat pada Aurora.
"Ya." Balas Aurora singkat yang membuat Madam Zahra dan maid-maid tersebut terkejut. Selama ini tak pernah-pernah anak majikan dia menyahut? Tapi hari ini?
Aurora sudah masuk ke dalam rumah. Dia tahu mereka terkejut melihat perubahan dia walaupun sedikit saja.
Kata-kata dari Qayl seolah membuat dia tersedar sedikit akan sifat dia yang angkuh itu. Dalam diam Aurora tersenyum tipis. Tak menjangka playboy seperti Qayl mampu melontarkan kata-kata itu pada Aurora.
"Oii ice princess senyumkan apa tu?" Dan suara itu langsung membuat Aurora kembali memasang wajah dingin dia. Merosakkan mood dia betullah!
Di hadapan dia terdapat seorang lelaki dengan penampilan sedikit comot. Dia hanya mengenakan tshirt hitam dan seluar tracksuit. Melihat pakaian lelaki itu sedikit basah mesti lelaki itu baru saja lepas cuci kereta?
"Janganlah tengok aku macam tu! Kau ni dalam diam gatal eh?" Lelaki itu sudah tersipu malu sambil menutup tubuh dia menggunakan tangan.
Aurora menatap lelaki itu tak percaya. Wah ini memang betul nak ajak dia gaduh!
"Buat apa aku nak tengok kau?" Aurora sudah mendekat pada lelaki itu sambil menyilangkan kedua tangan dia. "Tak ada apa yang menarik pun Aidan." Dengan wajah dingin Aurora berkata sambil menatap Aidan atas bawah sehingga lelaki itu menjadi malu di buatnya!
Aurora tersenyum senget melihat Aidan yang sudah memerah wajahnya. Mungkin geram dengan dia? Ah malas dia nak tahu. Aurora dengan tenang jalan melintasi Aidan.
"Oh ya jangan lupa siram pokok bunga ya Aidan? Kau kan suka main air." Sindir Aurora lalu langsung menaiki tangga menuju ke bilik dia. Dari jauh dia sudah mendengar kata-kata makian dari Aidan. Dia rasa mahu ketawa!
"Tak guna kau Aurora! Dasar ice princess!" Kutuk Aidan saat tubuh Aurora sudah menjauh.
Aidan dan Aurora mereka memang macam Tom and Jerry. Selalu sangat gaduh apa yang Aurora buat memang selalu tak kena di mata Aidan. Bukan Aidan lahh namanya kalau dia tak menganggu Aurora. Manakala Aurora tak akan dia nak diam je kan? Sudah semestinya dia lawan balik.
Apalagi hanya Aidan saja di rumah ini yang berani cari pasal dengan Aurora walaupun Aidan hanyalah anak pembantu di rumah ini iaitu Madam Zahra.
PAK
"Aduhh sakit lah ibu!" Aidan meringis sakit saat Madam Zahra memukul bahu dia.
"Kenapa cakap macam tu dekat Cik Muda Aurora?" Kata Madam Zahra yang kurang menyenangi kelakuan Aidan.
Aidan mencebik.
"Best lah ibu cari gaduh dengan dia." Aidan sudah mula menjauh saat ibu dia kembali ingin memukul bahu dia.
"Ingat dia tu siapa Aidan. Dia bukan orang biasa. Jangan cari pasal dengan dia lagi. Kita ni cuma pekerja dia je." Kata Madam Zahra lagi.
"Kalau Aidan ingatlah! Bye ibu nak siram pokok bunga dulu!" Aidan langsung lari ingin mengelakkan tubuh dia menjadi mangsa pukulan Madam Zahra. Berbisa ya!
Tergeleng Madam Zahra melihat kelakuan anak dia.
**
Aurora sedang duduk di buaian bulat yang terdapat di taman mansion. Dia menutup kedua mata dia sambil melayan lagu menggunakan earphones. Sesekali dia tersenyum kecil mendengar lagu itu. Di tangan dia terdapat iPod lama berwarna hitam.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...