BAB 1

317 20 0
                                    

BUK

Aurora hanya mengeluh saat ada sampah yang keluar dari locker dia. Bukan sedikit tapi banyak! Tak apalah. Bukan pertama kali dia kena seperti ini.

Dengan tenang Aurora mengutip sampah tersebut dan buang di tong sampah berhampiran. Pandangan sinis pelajar lain dia hanya abaikan.

Baru saja Aurora mahu membuka locker dia kembali kini tubuh dia di tolak kasar ke locker tersebut. Mengaduh kesakitan Aurora saat tubuh dia di hentam.

Di hadapan dia terdapat tiga orang perempuan yang sudah menatap dia dengan sinis.

"Hey perempuan miskin! Sakit mata aku tengok kau ni lah. Macam mana kau boleh di terima di Universiti Arkadia ni?! Kau tak layak!" Ujar Amanda si ratu buli di Universiti Arkadia.

"Apa salah saya?" Balas Aurora lirih. Dia tak pernah menganggu mereka. Kenapa mereka sering sekali menghina dia?

"Salah kau?" Amanda tertawa sinis.

"Apa salah dia ya guys?" Tanya Amanda kepada kedua rakan dia.

"Pertama sebab hodoh." Sahut Arisa

"Kedua sebab miskin!" Ujar Alara dengan muka jijik. Apalagi penampilan gadis ini sangat menyakitkan mata!

Amanda tersenyum sinis merasa puas mendengar kata-kata Arisa dan Alara.

"Kau dah dengar kan? Sebab kau ni miskin dan hodoh! Kau rasa kau layak ke belajar dekat Universiti Arkadia?" Begitu sinis Amanda berkata yang membuat Aurora menunduk.

Dia tahu dia tak layak tapi perlukah mereka menghina dia seperti ini? Dia juga punya perasaan.

"Aku benci perempuan kolot macam kau." Bisik Amanda sambil menunjal dahi Aurora dan Aurora hanya pasrah diperlakukan seperti itu oleh Amanda.

Setelah puas Amanda langsung pergi di ikuti oleh Arisan dan Alara.

Aurora hanya menghela nafas dia lalu dia melanjutkan kembali niat dia yang ingin mengeluarkan buku di locker dia. Sekejap lagi kelas dia akan bermula.

Ternyata kelakuan dia di perhatikan oleh Qayl. Tidak lepas Qayl melihat Aurora yang di perlakukan seperti itu oleh Amanda.

"Nampaknya dia bukan je nerd tapi dia juga mangsa buli. Kau sanggup ke Qayl?" Tanya Farel sambil menepuk bahu Qayl.

Qayl tersenyum sinis.

"Of course. Baru terasa mencabar." Balas Qayl tanpa rasa bersalah.

"Ingat tempoh kau hanya dua bulan je Qayl." Ujar Eden dengan tenang. Mata dia tak lepas menatap Aurora yang sudah berjalan dengan menunduk.

"Aku tahu." Jawab Qayl sesekali dia melirik Eden yang tak lepas menatap Aurora.

Zayyan mengelengkan kepala dia kesal dengan kelakuan Eden yang sangat melampau.

**

Aurora kini sedang menyadarkan tubuh dia di pohon besar yang tersembunyi di taman tersebut. Hanya tempat ini saja yang sangat jarang di lalui oleh pelajar lain. Apalagi sekarang ini sudah tengahari tentu saja banyak yang berada di kafeteria.

Aurora mengeluarkan bekal dia yang terdapat di beg belajar dia. Setelah berjaya di keluarkan dengan tenang dia membuka bekal tersebut yang ternyata adalah spaghetti aglio olio.

Dia tersenyum puas lalu dia memakan makanan tersebut. Tanpa sedar terdapat seorang lelaki yang sudah duduk di hadapan dia.

Aurora terkebil-kebil menatap lelaki itu. Pandangan mata dia bertemu dengan pandangan mata kelabu milik lelaki itu. Aurora seakan terpukau melihat anak mata tersebut.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now