"Kau kenapa ni Qayl?" Tanya Farel dengan muka berkerut. Dah hampir sejam lelaki ini berada di bilik Farel. Pada awalnya Farel terkejut juga melihat kehadiran Qayl di rumah dia. Apalagi wajah lelaki itu juga serabut. Seperti sedang ada masalah besar.
Dia yang saat itu sedang belajar pun merasa tak tenang jika keadaan Qayl masih seperti ini. Sebenarnya boleh di katakan sudah 2 hari Qayl tak seperti biasanya. Lelaki ini lebih banyak diam. Ada juga Zayyan cuba bergurau dengan Qayl tapi tak di layan oleh lelaki itu.
"Aku tak faham dengan diri aku ni Rel." Kata Qayl sambil mengusap kasar rambut dia. Dia asyik teringat akan Aurora je! Macam mana gadis itu tak ikat rambut dia seperti biasa, senyuman Aurora, muka polos Aurora yang tak pernah pergi pasar malam sering muncul di fikiran dia.
Dan pertanyaan dia pada Aurora yang membuat keadaan mereka menjadi janggal. Bahkan Aurora juga langsung minta diri untuk pulang. Tak sempat Qayl menghalang gadis itu sudah hilang dulu. Itulah yang menganggu fikiran Qayl.
"Kenapa?" Tanya Farel yang sudah duduk di hadapan lelaki itu yang hanya duduk di lantai bilik dia.
"I don't know Rel. It's so confusing." Gumam Qayl masih dengan wajah serabut.
"Pasal Aurora?" Teka Farel dan Qayl langsung menatap Farel dengan pandangan terkejut.
Qayl mengeluh. "Aku yakin aku suka dengan perempuan misteri tu but with Aurora aku tetap rasa perasaan asing tu. What's wrong with me?" Gumam Qayl.
Farel memang tak terkejut mendengar kata-kata Qayl. Dari dulu lagi dia sudah nampak yang Aurora bukan lagi bet untuk lelaki itu. Aurora sudah menjadi seseorang yang istimewa untuk Qayl. Hanya saja lelaki itu sering pertikaikan.
"Kau suka dua-dua sekali ke Qayl? Biar betul kau ni. Pendapat aku lahh you need to choose jangan jadi tamak sampai nak dua-dua sekali." Kata Farel memberi pendapat dia sempat juga dia memberi amaran pada Qayl. "Dan juga siapa perempuan yang paling kau suka? Aurora or her?" Kata lelaki itu lagi.
"Aku tak kata aku suka Aurora kan? Aku cuma tanya je." Qayl masih lagi nak berdalih. "Dan kau jangan lupa Aurora tu cuma bet aku je."
Farel tersenyum senget mendengar kata-kata Qayl. Masih lagi taknak mengaku? Tak apa Farel nak tengok sendiri sampai bila lelaki ini akan bertahan?
"Lagi pun masa yang aku ada hanya sebulan je lagi. So after game ni selesai aku dah boleh kembali hidup seperti biasa." Kata Qayl lagi yang membuat Farel mengangkat sebelah kening dia. Boleh percaya ke ni?
Bahkan saat-saat Qayl menemani Aurora di tasik sehinggalah mereka pergi pasar malam bersama sama sedikit pun Qayl tak cerita pada Farel dan juga rakan dia yang lain.
Biarlah moment itu hanya dia saja yang tahu.
**
Aurora membuka locker dia dan mengeluh gadis itu saat terdapat banyak sampah yang keluar dari locker dia. Terdengar tawa dari pelajar-pelajar lain.
Dengan muka tenang Aurora mengutip sampah tersebut dan buang di tong sampah berhampiran dengan dia.
"Kau nampak tak masa dia kutip sampah tu?"
"Nampak wehh! Sesuai sangat dengan dia."
"Kan! Haha perempuan macam dia memang layak dapat semua ni."
Aurora hanya mengabaikan kata-kata itu. Dengan muka dingin dia mengeluarkan buku di locker dia untuk kelas dia tak lama lagi.
Apalagi mood dia pun pada pagi ini tak berapa baik. Mengingatkan pada waktu sarapan ada sesuatu terjadi yang membuatkan gadis itu hilang selera dan langsung keluar dari mansion. Mengabaikan panggilan papa. Ini semua kerana papa memaksa dia untuk turut serta event yang akan berlangsung lagi 2 hari saja lagi.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...