BAB 44

61 7 0
                                    

Hujan gerimis mula turun, menambah sendu suasana di tanah perkuburan. Farel, Iyad, dan Gibran berdiri di sekeliling kubur sahabat mereka, Zayyan. Wajah mereka sugul, setiap kenangan bersama Zayyan terasa menyakitkan saat ini.

Aurora, yang masih teresak-esak, tidak mampu menahan rasa bersalahnya. Tangannya gemetar, dan Qayl berada di sebelah, setia memegang tangannya, memberikan sokongan tanpa perlu berkata apa-apa.

Air mata Aurora terus mengalir, membayangkan detik-detik terakhir ketika Zayyan menyelamatkannya dari dilanggar Eden.

Dia rasa jiwanya remuk kerana orang yang dia sayangi berakhir di hospital dan akhirnya pergi buat selamanya.

Puan Marissa dan Tuan Edlan berdiri tidak jauh dari sana, air mata mereka juga mengalir deras. Mereka menyesali segala kesalahan lampau, pernah membenci anak mereka sendiri. Suara mereka terdengar samar, penuh rasa kesal dan hiba.

"Maafkan mama, Zayyan... maafkan kami," bisik Puan Marissa, suaranya hampir tenggelam di balik tangisannya.

Tuan Edlan hanya mampu menunduk, tangan di dada seolah ingin menahan kesakitan hati yang mendalam.

Eden, yang berdiri dengan bahu menggigil, menangis tak tertahan. Setiap kali dia mengingati bagaimana kemalangan itu terjadi, rasa bersalah membebaninya. "Aku tak patut... aku tak patut buat macam tu, abang... aku minta maaf..." Eden berbisik, tangisannya tersekat-sekat.

Di sebelah, Darisya masih berusaha untuk kelihatan kuat walaupun dalamannya hancur. Dia tahu Zayyan tak akan kembali, tapi kenangan indah bersama lelaki itu membuatnya tersenyum kecil.

Matanya mendongak ke langit yang mendung, seolah mencari Zayyan di sana.

"Kekasih terindahku..." bisik Darisya perlahan, bibirnya mengukir senyuman kecil penuh kerinduan. "Saya tahu awak tenang di sana, Zayyan..." ucapnya dalam hati.

Imam kemudian meneruskan bacaan, dan mereka yang bertugas mula menanam tubuh Zayyan ke dalam tanah. Setelah selesai, satu persatu mereka menyiram air dan meletakkan bunga di atas kubur sahabat mereka.

Qayl merangkul bahu Aurora lebih erat, cuba memberikan kekuatan yang dia perlukan. "Kau kena kuat, my Aurora. Zayyan dah tenang kat sana. Dia tak nak kau terus macam ni," bisik Qayl lembut di telinga Aurora.

Aurora mengangguk perlahan, namun air matanya masih mengalir. "Saya rasa bersalah sangat, Qayl... kalau saya tak... kalau saya tak berhenti hanya semata nak betulkan tali kasut semua ini tak akan terjadi." suaranya tersekat.

"My Aurora, stop blaming yourself. It wasn't your fault," jawab Qayl dengan nada tegas tapi penuh kasih sayang. Dia tahu hati Aurora hancur, tetapi dia tak mahu Aurora terus menyalahkan dirinya. Kalau Aurora saja sudah rasa seperti ini apalagi dia? Dia juga ada di sana! Kalau lah dia lebih peka pada sekeliling dia.

Bella, yang berada di sebelah Darisya, setia mengusap bahu kawannya, memberikan sokongan. "Kita semua sayangkan Zayyan, Darisya. Tapi, dia dah pergi tempat yang lebih baik. You have to stay strong, okay?" Bella berkata lembut.

Darisya memandang Bella sejenak sebelum tersenyum pahit. "Yeah, I know. But it's hard, Bella... it's really hard."

Bella hanya mengangguk sambil terus memeluk Darisya, cuba meredakan sedikit kesedihan yang mereka semua rasakan.

Not every love story has a happy ending.

**

Setelah kubur Zayyan diratakan dan ditaburi bunga, suasana sepi seketika. Hanya bunyi gerimis halus yang menemani mereka. Imam mengangkat tangan, menamatkan bacaan doanya sebelum memberi ruang kepada keluarga dan sahabat untuk memberi kata-kata terakhir.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now