Di meja makan yang dihias indah dengan hidangan mewah, Qayl duduk di tengah-tengah keluarganya, dengan daddynya, Tengku Qaysar, di satu sisi dan mummynya, Puan Rasha, di sisi yang lain. Dua orang adik kembarnya, Tengku Qaid Arash dan Tengku Qarizh Farhan, duduk berhadapan. Suasana nampak ceria, tetapi ada rasa tegang yang tidak dapat disembunyikan.
Puan Rasha, yang sudah beberapa kali menyentuh topik perkahwinan, memulakan perbualan.
"Qayl, nak tahu tak? Dah tiba masanya untuk Qayl tamatkan zaman bujang. Riana ini... dia seorang perempuan yang baik, kan?" kata Puan Rasha dengan penuh harapan, memandang Riana yang duduk di sebelahnya.
"Thank you, mummy!" Riana tersenyum manis, tetapi kelihatan sedikit gelisah.
Tengku Qaid, adik kembarnya, dengan nada sinis mencelah, "Mummy, seriously? Apa yang mummy nampak dekat Riana. Dahlah fake! Kenapa kita tak carikan perempuan yang lebih baik untuk abang Qayl?"
Tengku Qarizh, yang sependapat, menambah, "Ya, Riana tu macam tak ada function. Entah-entah tak tahu masak."
Mummy menjengilkan mata pada anak kembarnya.
Qayl hanya mendengar sambil mengunyah makanannya. Dalam fikiran dia, wajah Aurora muncul, lagi pun masih ada masa kan?
"Qayl, kenapa diam je ni? Setuju tak dengan mummy?" Puan Rasha bertanya, matanya penuh harapan.
"Qayl akan berkahwin," jawab Qayl, tenang.
"Qayl setuju?! Riana nampaknya kita dah boleh mula bincang tentang pelamin, baju pengantin dan semuanya!" Puan Rasha semakin bersemangat sambil menatap Riana yang sudah tersenyum lebar.
Qayl mengangkat tangan, mematikan percakapan. "Tapi pengantin perempuan Qayl adalah Aurora, bukan Riana."
Semua yang ada di meja terkejut. Puan Rasha terdiam. Hilang begitu saja perasaan teruja dia sementara Riana melopong. "A-apa Qayl cakap ni? Aurora? Kenapa dia? Riana kan ada!"
Riana kelihatan terkejut dan kecewa. "Qayl, apa maksud you?" suaranya bergetar.
Tengku Qaid dan Tengku Qarizh, yang awalnya menentang Riana, kini tersenyum lebar. "Akhirnya! Kami tahu abang Qayl masih sayangkan kak Aurora!" Tengku Qaid bersorak.
"Yang tu baru betul! Dia memang sepadan dengan abang Qayl," Tengku Qarizh menyokong.
Puan Rasha mengerutkan dahi, wajahnya berubah marah. "Qayl, apa yang Qayl cakap ni? Aurora tu dah 7 tahun tinggalkan Qayl! Dan you masih nakkan dia?"
"Qayl sentiasa nak dia. She's my first love. Kali ni Qayl tak akan lepaskan dia lagi." Suara Qayl tegas, mengingatkan semua orang tentang rasa cintanya yang mendalam terhadap Aurora.
"Qayl sedar ke tak Qayl tengah bercakap tentang seorang perempuan yang dah tujuh tahun menghilang tanpa fikirkan Qayl. Macam mana kalau dia pun dah ada orang lain?" Puan Rasha berusaha membantah. Tentu saja dia tahu tentang Aurora ketika anaknya masih di Arkadia! Ketika itu Qayl tak pernah balik ke rumah dengan senyuman lebar. Bila di soal rupanya kerana Aurora.
Tentu saja dia sokong je anak dia bercinta dengan siapa. Tapi selepas anak dia di tinggalkan begitu saja selama 7 tahun? Dan membuatkan anak dia menjadi dingin dan tak mahu kenal dengan mana-mana perempuan lagi? Ibu mana yang tak marah.
Qayl mengabaikan semua perdebatan dan berdiri. "Qayl minta diri dulu."
"Qayl! Mummy tak habis cakap lagi!" Tapi Qayl sudah menghilang. Riana mengeluh.
**
Aurora duduk di atas katilnya, matanya terpaku pada telefon bimbit. Dia mengerutkan dahi membaca mesej dari Qayl, yang mengatakan masa 24 jam yang dia berikan sudah hampir habis.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...