BAB 35

308 24 2
                                    

"Kau yakin?" Tanya Qayl sambil menatap Aurora yang sudah gelisah di sebelah dia.

Aurora menarik nafas lalu di hembus perlahan. Dia kena yakin sampai bila dia harus bersembunyi?

Sudah tiba masanya untuk dia kembali ke Arkadia walaupun dia masih belum kembali ke rumahnya.

"I am." Jawab Aurora lalu langsung keluar dari kereta milik Qayl. Lelaki itu tersenyum kecil melihat tingkah Aurora. Dia tahu amat sulit untuk Aurora kembali ke Arkadia tapi sampai bila gadis itu mahu bersembunyi?

Dia juga sudah keluar dari kereta dan tanpa sedar mereka beriringan masuk ke Arkadia. Pandangan pelajar lain yang terkejut melihat kehadiran mereka di abaikan oleh Aurora dan Qayl.

"Kau tengoklah lepas dia malukan Eden tiba-tiba hari ini datang dengan Qayl pula. Perempuan tu nak siapa sebenarnya?" Bisik seorang perempuan yang tak jauh dari Aurora dan Qayl.

Aurora hanya diam manakala Qayl sudah menatap perempuan tersebut dengan pandangan tajam.

Dia ingin bersuara tapi di halang oleh Aurora.

"Mereka dah melampau tahu tak?" Qayl menatap Aurora dengan pandangan tak puas hati saat Aurora menghalang dia.

"Biarkan. Let the dogs bark." Ujar Aurora dengan muka tenang. Apalagi Aurora berkata dengan sedikit kuat sehingga terdiam perempuan tersebut.

Manakala Qayk tersenyum senget merasa puas mendengar kata-kata itu dari Aurora.

"Qayl, Aurora!" Terkejut mereka saat Farel secara tiba-tiba sudah berada di hadapan dengan wajah serius.

Kenapa pula ni?

"Kenapa kau datang Arkadia!" Ujar Farel masih dengan wajah serius. Ini kesalahan besar membawa Aurora ke Arkadia!

"It's my choice. Jangan salahkan Qayl." Jawab Aurora.

Kali ini pandangan Farel tertuju pada Aurora. Ada sedikit pelik yang Farel rasakan melihat Aurora berlembut dengan Qayl dan tidak kasar seperti sebelum ini.

Tapi dia malas ingin berfikir lebih.

"Kenapa?" Soal Qayl dengan dahi berkerut.

"Eden, selama seminggu kau hilang dia macam orang gila cari kau. Bukan itu je ada bodyguard yang di upah oleh Eden untuk bawa kau balik." Ujar Farel yang membuat Qayl mendengus kesal.

Masih tak menyerah lagi Eden Faeq?

Aurora hanya diam. Dia memang sudah menjangka perkara ini akan terjadi. Eden seorang lelaki yang pentingkan diri. Jika itu yang dia mahu maka akan dia usahakan sampai dapat.

Terbukti ketika Eden mahu Aurora menjauhkan diri dari dia dan ingin Aurora memutuskan petunangan mereka sehingga dia sanggup buat bet dengan Qayl.

Mengingat itu membuat Aurora tersenyum kelat.

"Sekarang dia dekat mana?" Tanya Aurora masih dengan wajah tenang.

"Kenapa kau tanya pasal dia?!" Ada nada cemburu saat Qayl mengata itu pada Aurora.

"Saja." Aurora mengangkat kedua bahu dia. Seolah dia tak rasa apa.

"Tak jauh dari kau." Jawab Farel dengan wajah serba salah. Membuatkan Aurora dan Qayl langsung memusingkan tubuh mereka menghadap ke belakang dan muncul sosok Eden bersama dengan beberapa lelaki berbaju sut hitam.

Tersenyum sinis Aurora melihat pemandangan itu.

"Aurora Nelly! How could you?!" Tajam pandangan Eden pada Aurora.

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now