BAB 37

75 5 0
                                    

"Papa tahu tak? Dekat sekolah tadi Aurora ada seorang kawan ni dia cerita yang malam tadi-" tidak henti mulut gadis itu bercerita pada Tuan Ashar yang hanya diam memakan makanan dia di ruang makan.

Sedikit pun dia tak mengangkat wajahnya untuk memandang anak gadis dia tak seperti biasanya.

Selalunya dia yang paling teruja mendengar anak gadis dia bercerita tentang aktiviti dia di sekolah. Tak kiralah tentang apa sekali pun memang dia akan sentiasa mendengar. Terkadang tergeleng kepala isteri dia iaitu Aurelia melihat kelakuan anak beranak itu.

Mengingatkan Aurelia membuat Tuan Ashar merasa sebak. Kini sudah sebulan Aurelia pergi meninggalkan dia untuk selamanya. Cinta hati dia sudah tiada.

Dia hanya sendiri.

"Papa? Papa dengar tak?" Aurora menoleh menatap papa dia yang hanya diam saja. Ya, dia faham papa dia masih bersedih walaupun sudah sebulan papa tak berbicara apa-apa dengan dia.

Jujur Aurora rindu.

Rindu dengan papa dia apalagi dia hanya ada papa dia saja dalam hidup dia setelah mama kesayangan dia pergi untuk selamanya dan ini juga kerana angkara diri dia.

Sedih? Tentu saja tapi Aurora harus tunjuk kuat di hadapan papa dia. Dia faham yang papa dia masih bersedih.

Tapi salahkah jika Aurora juga memerlukan papa dia? Dia sedar papa semakin dingin kerana itu dia cuba bersikap ceria pada papa dia.

"Papa-"

"DIAM." tengking Tuan Ashar sehingga tergamam Aurora melihatnya.

Ini pertama kali papa dia meninggikan suara pada dia. Tapi kenapa? Apa salah dia?

"Pa-papa tengking Aurora?" Gumam Aurora dengan lirihnya. Dia menatap Tuan Ashar dengan mata berkaca-kaca.

Tapi lelaki itu hanya dingin saja menatap dia bahkan pandangan Aurora pada dia hanya di pandang biasa tanpa sedikit pun dia merasa apa.

Dia sudah di buta oleh kemarahan!

"From now on, you're not allowed to talk at this table anymore every time we eat. " Kata Tuan Ashar dengan dinginnya.

Lagi sekali Aurora tergamam.

"Tapi kenapa?"

"I hate it! You're the reason my wife died! My Aurelia is gone because of you!" Tengking Tuan Ashar dengan emosinya. Deruan nafasnya melaju dengan wajah memerah. Begitu tajam pandangan dia pada Aurora yang sudah mengalirkan air mata.

"Aurora minta maaf." Gumam Aurora yang sudah menunduk. Air mata laju mengalir.

"Maaf kau boleh hidupkan isteri aku ke? Kalau bukan sebab kau kemalangan itu tak akan terjadi!" Balas Tuan Ashar tanpa sedikit pun merasa bersalah kepada anak kandung dia sendiri dengan kata-kata dia yang sangat kejam itu.

"Sudahlah! Hilang selera aku nak makan. Ingat pesan aku lepas ini di meja makan ini kau di haramkan untuk bercakap. Aku benci! Kau faham?" Kata Tuan Ashar lagi setelah mengatakan itu dengan pantas dia bangun lalu berjalan keluar dari ruang makan.

Mengabaikan Aurora yang sudah teresak.

"Aurora minta maaf papa. Aurora tak sengaja...mama Aurora minta maaf. Mama mati sebab Aurora. It should be me not you. I'm so sorry." Gumam Aurora dengan lirihnya bahkan Madam Zahra yang tanpa sengaja mendengar perbualan dua beranak itu turut mengalirkan air mata dia.

Kejam sekali lelaki itu menyalahkan Aurora! Itu semua takdir. Kenapa susah Tuan Ashar untuk menerimanya?

Sehinggalah Aurora melihat sendiri papa dia membawa bagasi besar. Dia sudah pelik. Kemana papa dia mahu pergi?

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now