BAB 2

219 13 0
                                    

"Hai sayang!" Sapa Qayl dengan senyuman lebar dia menatap Aurora yang baru tiba di kolej.

Aurora mengeluh. Pagi-pagi macam ni dia di pertemukan dengan Qayl. Hancur hari dia!

"Tepilah." Aurora menolak tubuh Qayl yang berdiri di hadapan locker dia. Menghalang laluan orang betul!

Apa yang best tentang University Arkadia adalah mereka di sediakan locker untuk menyimpan buku-buku mereka jadi Aurora tak perlu membawa buku banyak-banyak ke kolej. Kerana buku tersebut dia boleh simpan di locker yang di sediakan oleh pihak Universiti.

Universiti of Arkadia nama pun sudah menarik dan tentu saja persekitaran Arkadia pun cantik. Universiti ini sangat lengkap dan luas.

Arkadia juga menyediakan lift untuk memudahkan pelajar. Apa yang best di bahagian dalam tentu saja ada penyaman udara. Mempunyai kafe yang luas dan selesa untuk mereka. Pelbagai makanan di sediakan.

Terdapat banyak kelas mengikut kos yang mereka ambil. Jika bahagian seni sudah ada bangunan yang memang di khas kan untuk pelajar seni dengan perlengkapan yang cukup. Begitu juga kelas musik.

Ada juga aktiviti tambahan seperti kelas berenang, memanah, fencing, polo dan beberapa lagi.

Tapi untuk masuk ke Arkadia sangat susah. Terdapat banyak peraturan yang mereka harus ikut jika mahu masuk ke Arkadia. Walaupun mereka anak menteri sekali pun jika tak ikut peraturan maka memang tak akan di terima masuk ke Arkadia.

Aurora di kira beruntung kerana masih di terima di Arkadia kerana dia mendapat keputusan cemerlang ketika dia mengikut ujian khas yang di lakukan oleh Arkadia.

Bangunan Arkadia juga sangat cantik. Reka bentuk seperti eropa dan untuk masuk ke dalam juga mereka harus ada kad pelajar lalu scan kad tersebut di bahagian pengesanan kad pelajar untuk masuk ke dalam.

Kerana kawalan yang sangat ketat amat sukar untuk mereka yang bukan pelajar Arkadia untuk masuk ke dalam Arkadia tersebut.

Sekarang berbalik pada lelaki di hadapan Aurora.

Qayl masih dengan senyuman lebar dia. Kini dia menyadarkan tubuh dia di locker sebelah Aurora. Tak lepas dia menatap Aurora yang bercermin mata tebal tersebut dengan rambut macam biasa di ikat dua! Dan pemakaian Aurora pula hoodie hijau lumut dengan seluar jeans berwarna kuning.

Perempuan ni memang tak tahu kod warna dengan betul ke? Sakit mata dia yang melihatnya! Tapi tak apa demi misi dia sanggup abaikan.

Aurora mengeluarkan buku untuk kelas dia yang sebentar saja lagi. Walaupun kos yang dia ambil tiada kaitan dengan subjek itu tetapi pihak Universiti memang mewajibkan mereka mengambil kelas bahasa.

Dia menutup pintu locker dia saat dia menoleh terkejut dia melihat lelaki itu masih lagi melihat dia.

"Dah siap? Jom pergi kelas sama-sama." Ujar Qayl lembut.

Dahi Aurora berkerut. Pergi kelas dengan lelaki ini? Memang tak lah!

"Kenapa diam ni sayang? Jom lahh." Ajak Qayl lagi.

"Don't call me that!" Balas Aurora geram. Geli betul panggil dia sayang!

"What?" Qayl pura-pura tak faham. Sengaja dia ingin membuat Aurora geram dengan dia entah kenapa suka betul dia melihat wajah Aurora sedang marah.

"Jangan pura-pura tak faham Qayl!"

Qayl masih dengan wajah keliru tapi Aurora tahu lelaki itu sengaja membuat wajah seperti itu.

"Just...stay away from me." Ujar Aurora dingin dengan pantas dia berjalan pergi meninggalkan Qayl di belakang.

Qayl berlari kecil mengejar langkah Aurora. Terkadang Aurora pelik betul dengan Qayl ni. Dia memang sejenis tak faham bahasa ke apa? Penat Aurora melarang lelaki itu untuk mengikut dia tapi tetap saja lelaki itu tidak layan!

Qayl Noah: Lover of MineWhere stories live. Discover now