Pada hari ini iaitu 19 hari bulan 3 status dia akan berubah, Aurora bersiap dengan penuh rasa berdebar. Dia mengenakan busana pengantin berwarna putih yang anggun, dengan rekaan yang menunjukkan kelembutannya. Tak sangka di umur dia yang ke 26 tahun dia akan berkahwin.
Tudung yang dipakai menambah keanggunan wajahnya, menjadikannya seperti seorang puteri dan memang permintaan Aurora sendiri nak pakai tudung di majlis akad dia. Dalam bilik, Darisya dan Bella membantu Aurora merapikan rambut agar kemas dan tak terkeluar dari tudung dan merias wajahnya.
"Aurora, kau cantik sangat! Seriously, Qayl mesti terpesona bila tengok kau nanti!" kata Darisya sambil menyapu sedikit bedak di pipi Aurora.
"Yeah, I can't believe this is happening! Are you ready?" Bella menambah, dengan mata yang berkilau gembira.
Tiba-tiba, suara luar kedengaran, "Pengantin lelaki dah sampai!" Aurora terkejut, dan rasa gemuruhnya semakin meningkat. "Oh my God, he's here! What if I trip?"
"Relax! Just breathe, okay?" Darisya memberi semangat.
Sementara itu, di luar, Qayl sedang duduk di hadapan tok kadi. Dia kelihatan sangat kacak dengan baju melayu warna putih yang disesuaikan sempurna. Raut wajahnya yang tampan, dengan rahang yang tegas dan senyuman memikat, membuatkan Damia ternganga. "Kenapa? Kenapa Aurora selalu beruntung dapat lelaki hensem macam ni?" bisiknya, masih tidak percaya.
Qayl duduk di hadapan tok kadi, dengan Tuan Ashar di sebelahnya sebagai bakal bapa mertua. Puan Rasha duduk di kerusi, mencuba untuk menunjukkan senyuman meskipun wajahnya menunjukkan tidak suka. Sementara itu, Tengku Qaysar kelihatan gembira, begitu juga dengan si kembar yang tidak henti-henti cuba mengusik abang mereka.
Farel, Iyad, dan Gibran sudah pun mengambil tempat di barisan hadapan, bersedia untuk menyaksikan momen bersejarah itu.
Akhirnya, Aurora muncul di hadapan orang ramai. Qayl terpana, seolah-olah waktu berhenti seketika. Wajahnya yang tampan dan ekspresi terpesona menunjukkan betapa dia teruja melihat Aurora di pelamin. Dia masih terpesona, walaupun ketika Aurora sudah duduk di pelamin.
Tok kadi yang melihat Qayl terdiam mengusiknya, "Cantik sungguh pengantin perempuan ni. Sampai terdiam pengantin lelaki kita."
Semua tetamu ketawa, dan wajah Qayl mula memerah.
"Aish, tok kadi!" Qayl menjawab sambil menyembunyikan wajahnya di belakang tangannya.
Ketika suasana di taman rumah keluarga Aurora itu semakin meriah, tok kadi mulakan dengan khutbah nikah berkaitan dengan bab perkahwinan, hukum hakam, tanggungjawab suami isteri, nafkah, cerai, rujuk dan taklik dan sebagainya yang berkaitan.
Selesai tok kadi baca khutbah nikah barulah Qayl genggam erat tangan tok kadi.
"Tengku Qayl Noah bin Tengku Qaysar."
"Ya, saya!"
"Aku nikahkan kau dengan Aurora Nelly Quinn binti Ashar Caled dengan mas kahwin sebanyak sepuluh ribu tunai."
Qayl, dengan hati berdebar, duduk di hadapan tok kadi sambil genggam tangan tok kadi wajahnya menunjukkan rasa gugup.
"Aku terima nikahnya Aurora Nelly Quinn bin Tengku Qayl Noah-"
"EH SALAH-" jerit si kembar.
Serta-merta, suasana sunyi seketika, sebelum semua orang di kawasan pernikahan itu meledak ketawa. Kembar Qayl, Tengku Qaid dan Tengku Qarizh, tidak dapat menahan gelak. "Abang, kau betul-betul jadi bapak dia sekarang!" mereka berdua mengejek sambil menekap mulut, gelak tawa mereka menular kepada yang lain.
YOU ARE READING
Qayl Noah: Lover of Mine
RomanceQayl Noah x Aurora Nelly 1ST THE DEMENTORS SERIES Known as (Qayl Noah: His Obsession) ----------------- "Let's make a bet." - EDEN FAEQ "Why not?" - QAYL NOAH Merasa tercabar dengan Eden. Qayl si playboy membuat pertaruhan dengan rakan-rakannya ya...