بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Takhta Seorang Bidadari
Under Milik Dia Series Vol 2
Hasil Karya
Jasmin Adira- Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam bentuk apapun jua. Watak-watak yang terdapat dalam Wattpad ini adalah hasil kreatif penulis. Begitu juga ilustrasi kulit luar adalah hasil kreatif ilustrator semata-mata. Ia tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah mati.-
Information
Milik Dia Series Vol 2 (Takhta Seorang Bidadari) merupakan sambungan daripada Milik Dia Series Vol 1 (Bukan Cinta Biasa) yang telah diterbitkan di bawah Fajar Pakeer.Untuk mengelakkan kurang faham, boleh baca Milik Dia Series Vol 1 (Bukan Cinta Biasa) kerana watak utama yang terdapat dalam cerita ini merupakan watak antagonis dalam cerita sebelumnya.
No Plagiarism Allowed.
BLURB
✿ Muhammad Zayran | Nureen Raudhah ✿
Percaya? Percayakah dia kepada cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose.
Tidak mahu menumpang kebahagiaan dalam penderitaan orang lain. Wanita itu hanya berserah kepada Nya. Kebahagiaannya kin terletak pada seorang insan yang kecil hadir menerbitkan jiwa seorang ibu.
Haqqim. Nama yang sentiasa menjadi penyeri hidupnya.
"Kau nak keluar dari rumah ni?" — MUHAMMAD ZAYRAN
"Saya taknak." — NUREEN RAUDHAH
"Kenapa taknak. Kalau kau keluar, kau boleh hidup bebas." — MUHAMMAD ZAYRAN
"Saya taknak anak saya dihina." — NUREEN RAUDHAH
Muhammad Zayran, siapa tidak kenal lelaki yang tampan dan kaya. Tak cukup menjadi anak seorang Tan Sri, lelaki itu juga menguruskan sebuah hotel yang besar. Namun, pertemuan mereka tidaklah seindah mana. Zayran memandangnya begitu hina.
"Kahwin dengan aku. Then, keluar daripada Ainul Sumayyah." — MUHAMMAD ZAYRAN
"Kenapa Tuan beria sangat minta saya keluar daripada sini? Hina sangatkah saya sampai Tuan taknak tengok muka saya?" — NUREEN RAUDHAH
"Aku tak pernah kata kau hina. Aku cuma kesiankan Rose, selagi kau ada di sini... Rose takkan berhenti tolong kau, kau kena sedar diri dengan apa yang kau buat selama ni." — MUHAMMAD ZAYRAN
Terasa hatinya dihiris penuh. Kesan-kesan yang dulunya disebabkan oleh Dato Azhar masih membekas. Dan sekarang, dia bertemu dengan seorang lelaki yang juga memandang dirinya hina.
Hina di mata lelaki itu.
"Lepas kahwin, tinggal dengan aku. Tapi jangan pernah berharap perkahwinan ni lama, bila-bila masa aku boleh lepaskan kau..." — MUHAMMAD ZAYRAN
Raudhah tidak kesah. Tahu perkahwinan ini bukanlah perkahwinan yang didasari dengan erti sebuah cinta.
Tetapi sesaat terus berubah apabila bibit kasih dan sayang mulai terbit.
"Awak..." — NUREEN RAUDHAH
"Kita berpisah..." — MUHAMMAD ZAYRAN
_________________________
All Rights Reserved
2024
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...