"HATI-hati..."
Lembut pesanan Raudhah saat menghantar pemergian Haqqim. Berbanding hari-hari sebelum ni, Haqqim lebih kelihatan bersemangat. Tak habis-habis dengan nyanyiannya bersama Orked. Ada saja telatah dua orang itu. Yang kesiannya, Izz. Terpaksa melayan karenah dia orang.
"Bye bye, mama... See you soon. Muah!" Sempat Haqqim melayangkan flying kiss nya ke arah si ibu. Laju senyuman terlakar daripada wajah Raudhah. Tak ada hari tanpa kecomelan Haqqim.
"Bye..." Lambaian lemah diberikan. Hanya mata saja memandang pemergian anak lelakinya. Dulu dia yang sanggup berjalan kaki. Tapi sekarang, menghantar Haqqim di depan pintu saja sudah cukup membuatkannya sebak.
"Raudhah..."
Kepala langsung menoleh sebaik saja mendengar namanya dipanggil.
"Ibu nak cakap sesuatu, boleh?" Soal wanita itu dengan nada lembutnya. Walaupun lembut, namun masih terasa debar di dada.
"Ibu nak cakap apa tu?"
"Ibu tak pasti sama ada permintaan ibu ni mungkin terlalu berlebih. Tapi, tak salah ibu nak tanya pada Raudhah."
"Apa tu?" Dahinya berkerut.
"Raudhah nak tinggal disini tak?" Tanya dengan penuh keraguan. Pada masa yang sama, wanita itu kaku di tempatnya berdiri. Diam.
"Terlalu berlebihan ke permintaan ibu? Maaf kalau rasa berlebih tapi inilah yang ibu nak. Dah lama ibu nak keluarga ibu hidup dalam keadaan yang baik-baik je. Pasal Zayran, ibu tahu apa yang dia rasakan selama ni walaupun ibu tak boleh ungkapkan macam mana. Tapi tetaplah percaya, Zayran tak macam dulu lagi. Dia dah berubah..." Sedaya upaya Puan Sri Kinan cuba menyakinkan Raudhah.
Selepas apa yang diceritakan oleh Rose sebelum ini, tipulah jikalau dia tidak kecewa dengan apa yang Zayran lakukan. Tak ada wanita yang sanggup diperlakukan sebegitu rupa.
"Tinggal disini ya?" Pintanya lagi.
Raudhah diam sekali lagi. Mata kembali meliar tanpa arah tujuan yang tetap... Tinggal? Dengan mereka? Meski ini kali pertama mereka bertemu, Puan Sri Kinan dengan rela hati mahu mengajaknya untuk tinggal bersama.
Bukankah terlalu cepat untuk mempercayainya?
"Ibu tahu pasal saya, kan?" Raudhah kini bersuara.
"Tahu. Rose dah bagitahu semuanya."
"Haqqim bukan darah daging Zayran dan saya juga taknak susahkan keluarga ibu dengan apa yang jadi pada diri saya yang dulu." Kepala digeleng. Tidak mahu disebabkan masa silamnya, dia merosakkan juga imej keluarga besar itu.
"Raudhah..." Langkah Puan Sri Kinan makin mendekat. Tangan Raudhah digapai sebelum wanita itu mengenggam dengan erat.
"Nak dengar rahsia tak?" Wanita itu tersenyum nipis sambil memandang wajah Raudhah.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...