SEPERTI kebiasaannya, hening terasa. Rumah yang besar dan luas itu tetap sunyi walaupun ada pasangan suami isteri di dalamnya. Masing-masing melakukan kerja sendiri tanpa menganggu. Lebih-lebih lagi Zayran, tak ada peluang pun dia mahu mendekati lelaki itu.
Hari bekerja, sibuk di pejabat. Hari minggu pula, sibuk di dalam ruangan bacaan. Boleh dikatakan, setiap hari hanya dua ke lima butir ayat saja yang keluar daripada mulut mereka.
"Ehem..." Raudhah berdehem seketika. Setelah menidurkan Haqqim, langkahnya beredar keluar dari ruangan kamar. Anak mata terus memanah ke arah figura suaminya yang sedang duduk di atas sofa dalam keadaan santai.
"Apa ehem ehem? Kau ingat aku tak nampak kau ke?" Lelaki itu menegur. Walau mata ke arah lain, namun keberadaannya masih diketahui.
"Takkan saya nak buat bunyi pun awak nak marah?" Wajahnya cemberut. Geram! Kali ini tapak kakinya lebih laju menghampiri Zayran. Punggung langsung diletakkan di atas sofa dengan reaksi tak terduga.
"Kau nak apa?"
"Saya nak cakap sikit." Raudhah bersikap tegas. Tak semena-mena Zayran terpinga-pinga melihat tingkah isterinya yang agak berbeza.
"Cakap lain kali..."
"Tak nak, saya nak cakap malam ni juga."
"Jangan nak memaksa aku."
"Awak paksa saya kahwin dengan awak, boleh pula. Siap ugut lagi, takkan saya nak cakap dengan awak pun awak tak bagi?" ujarnya dengan rasa kecewa. Inikan lelaki? Nak guna kuasa veto aje? Tak adil!
Zayran kelu buat sementara. Laju dia menarik nafas dalam sebelum menghembus berat.
"Okey fine. Cakap sekarang..." Tangan memeluk tubuh. Ditatap wajah jelita isterinya dengan penuh fokus menanti butir ayat yang keluar daripada bibir merah itu.
"Apa awak cakap pasal kita dekat Rose?" Tanyanya. Serius.
"Itu je?"
"Jadi? Awak harapkan apa?"
"Aku ingat kau saja nak cari masalah dengan aku."
"Buat apa saya nak cari masalah dengan awak? Saya dah penat dengar awak membebel, tak nak saya." Kali pertama dia meluahkan perasaannya. Zayran yang mendengar, menahan tawa sendiri. Oh... kiranya dia pun kuat membebellah?
"Baguslah tu kan dengar aku membebel."
"Tak bagus. Lelaki tak bagus membebel." Raudhah cemberut. Dengan muka-muka itu juga, sisi kecomelannya dapat diperhatikan. Tak tentu detak jantung si lelaki dek kerana senyuman bagai melakar pelangi.
"Tak payah buat muka macam tu."
"Kenapa? Muka saya kan..."
"Nampak buruk." Zayran menjegilkan mata ke atas. Walau mulut berkata demikian, tapi hati tetap tidak dapat dibohongi. Isterinya lebih kelihatan comel bila merungut seperti itu.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...