TSB | 18

14.4K 697 43
                                    

"ALLAHUAKBAR

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ALLAHUAKBAR..."

Terjaga dari tidur, Raudhah usap dada sendiri. Nafas termengah-mengah menyebabkan peluh dingin membasahi kulit wajahnya. Dah lama dia tak rasa mimpi buruk.

"Ya Allah..." Raudhah cuba menenangkan diri sambil menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Sekali-sekala ekor matanya memandang ke arah Haqqim yang masih diulit mimpi.

Nasib tak terjaga.

"Mama harap Haqqim membesar jadi anak yang baik ya..." bisik Raudhah. Pipi gebu anak lelakinya dicuit lembut hingga terpamer segaris senyuman dari wajahnya.

Haqqim ibarat seperti permata yang hadir dalam hidupnya walaupun dia diuji dengan ujian yang berat.

"Mama minta maaf sebab mama cuma mampu menumpang rezeki Haqqim sekarang... mama tahu mama banyak kekurangan untuk bahagiakan Haqqim," luah si ibu dengan air mata.

Rasa bersalah, rasa simpati, semua ada di dalam hati dan dia tahu apa yang terjadi adalah berpunca daripadanya. Haqqim takkan lahir sebagai anak luar nikah kalau dia tak buat benda di luar batasan.

Ya, takkan. Tapi sekarang, dia yang memilih jalan ini.

Tok...Tok...

Tak jadi meneruskan luahan hatinya, tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Satu figura yang berdiri di hadapan pintu itu menyebabkan Raudhah terpaku.

"Belum tidur lagi?" Suara Mak Siti menegur. Raudhah pula menggelengkan kepala sebagai tanda menjawab persoalan Mak Siti.

"Tak boleh tidur ke?" Sekali lagi Mak Siti menyoal. Kali ini Raudhah menganggukkan pula kepalanya.

"Nak temankan makcik berbual?"

"Mak Siti taknak tidur ke?"

Mak Siti menggeleng, "Belum masanya lagi."

"Oh, kalau begitu. Boleh je," balas Raudhah begitu santai. Tak tunggu lama, dia bangkit dari tempat tidur. Untungnya, Mak Siti benarkan dia tidur di rumah wanita itu berbanding tidur di rumah sewa. Itupun sebab Mak Siti risau keadaannya dengan Haqqim.

Risau bila cuma ada ibu tunggal yang tinggal di rumah sementara keliling rumah sewa itu dipenuhi dengan warga asing.

"Raudhah minum kopi tak?"

"Saya tak minum kopi. Lagipun saya masih menyusukan Haqqim, jadi tak minum..." Kepala digeleng untuk menjawab pertanyaan tadi. Tiba di ruang tamu, Raudhah duduk di atas bangku sambil menatap keliling rumah itu.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now