TSB | 1

16.7K 667 12
                                    

LEMBUT suara itu melafazkan selawat sambil mendodoikan Haqqim di dalam gendongan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LEMBUT suara itu melafazkan selawat sambil mendodoikan Haqqim di dalam gendongan. Melihat tingkah wanita itu, Makcik Kalsom ukir senyuman. Laju saja langkahnya menghampiri.

"Tidur?" berbisik Makcik Kalsom menyoal. Sesekali dia memanjangkan sedikit leher untuk melihat Haqqim di dalam gendongan si ibu.

"Dah, kenapa makcik?" Raudhah menyahut.

"Ni hah, Makcik nak minta tolong sikit. Itupun kalau kamu sudi..." Ragu-ragu Makcik Kalsom meminta pertolongan. Rasa segan pula bila malam-malam buta ni dia masuk ke dalam bilik Raudhah semata-mata nak minta tolong.

"Nak tolong apa tu?" Tubuh Haqqim perlahan-lahan diletakkan di atas tilam. Setelah itu, barulah Raudhah memindahkan pandangan ke arah wajah wanita separuh abad itu.

"Tolong bancuhkan kopi untuk Tuan Zayran. Dia ada minta tadi, makcik pula nak kena uruskan dokumen untuk program kebajikan nanti... Boleh tak?"

Petik saja nama Zayran, Raudhah mengetap bibir dengan rapat. Terimbau semula bagaimana detik Zayran menunjukkan rasa tidak puas hati. Inikan pula dia mahu berdepan dengan lelaki itu lagi?

"Erm, tak boleh ke dia buat sendiri?"

"Dia tengah sibuk. Lepas solat isyak, dia tak keluar dari bilik tu. Sibuk sangat.." tutur Makcik Kalsom lagi. Tahu sangat dia dengan sikap majikannya itu, bukan hanya dia mengenali Rose. Zayran juga dia kenal.

Pada masa yang sama, Raudhah hembus nafas panjang. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur dengan permintaan Makcik Kalsom. Kepala diangguk perlahan.

"Haqqim biar makcik yang jaga. Sekali sekala makcik urus dokumen, sekali sekala makcik tengok-tengokkan Haqqim," ujar wanita separuh abad itu.

Raudhah sekali lagi mengangguk. Memandang Haqqim yang sudah diulit dengan mimpi indah, jiwanya berasa tenang. Nasiblah Haqqim tak banyak meragam.

Bersama langkah berat, Raudhah meluru keluar dari bilik. Dapur dituju sambil membancuh kopi seperti yang diminta oleh Zayran.

Entah mengapa saat itu juga, jantungnya berdebar kerana rasa takut. Macam mana kalau Zayran tak suka kopi dia?

Selesai membancuh kopi, langkah kembali diatur menuju ke rumah tetamu. Jam menunjukkan jam 12 malam, tapi lampu di dalam masih lagi menyala. Betullah kata Makcik Kalsom, Zayran masih sibuk dengan kerjanya.

Tuk... Tuk... Perlahan-lahan pintu itu diketuk.

"Masuk..." Hanya dengan mendengar suara itu. Raudhah ketap bibir.

Mahu tidak mahu, Raudhah gagahkan diri. Pintu ditolak daripada luar meskipun langkahnya berat. Tak apa, Raudhah. Kau cuma hantar kopi aje, lepas itu baliklah...

"Kenapa kau masuk bilik aku?"

Raudhah kaku. Langkahnya terus terhenti bersama kedua-dua kaki terpasak di atas permukaan lantai. Tidak mampu dia ingin menatap wajah lelaki itu.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now