SELEPAS pulang dari tanah perkuburan, Raudhah sempat berkunjung ke rumah yang pernah didiaminya sejak kecil. Setiap ruangan membuatnya nostalgia dengan masa lalu yang tentunya ada pahit dan manis. Sesekali bibir mengukirkan senyuman saat terkenang memori lama.
"Rindunya..." Tanpa sedar bisikan itu keluar daripada mulutnya. Lima tahun meninggalkan, dan kini selamanya dia harus membiarkan mereka pergi tanpa berpamitan.
"Reen..."
Saat mendengar nama itu, Raudhah menolehkan kepala dengan laju. Berlinang-linang air mata ketika melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya.
"Betul ni Reen?" Bibik Suraya menghampiri Raudhah. Seluruh tubuh Raudhah diraba-raba seakan tidak percaya apa yang hadir di depan mata.
"Ya, betullah. Ni Reen..." Kepala mengangguk mengiyakan. Tanpa dia sedar, air mata jatuh bila melihat Bibik Suraya turut sama mengalirkan air mata itu.
Pantas, Bibik Suraya mendakap tubuh kecil anak arwah majikannya dengan erat. Tangisan serta-merta pecah menyebabkan tubuh Raudhah kaku. Bibik Suraya nangis?
"Bik..." Raudhah tarik tangan Bibik Suraya. Anak mata kekal memandang wajah sebaya ibunya walaupun Bibik Suraya lebih tua dua tahun berbanding arwah.
"Ya Allah, kenapa bibik nangis?" Soal Raudhah. Dia tersenyum saat melihat Bibik Suraya merembes air mata.
"Kemana Reen pergi selama ni? Lima tahun Reen... Lima tahun arwah tahan rindu dengan Reen," ujar Bibik Suraya membuatkan wanita itu kaku hingga satu persatu soalan muncul dalam benak kepalanya.
Mama dan papa rindukan dia? Bukankah selama ini, mama papa sanggup butakan mata saat dia terkontang-kanting cuba untuk teruskan hidup?
"Mama papa rindu?"
Bibik Suraya angguk kepala. "Sebelum kemalangan, Dato dan Datin dapat panggilan. Dorang kata kamu ada kat Kanada, lima tahun mereka cari kamu, Reen... Lima tahun Dato dan Datin tak berhenti cari kamu sampailah mereka dapat panggilan tu."
"Panggilan?" Raudhah kerut dahi.
"Ya, panggilan. Dato dan Datin dah habiskan berpuluh-puluh ribu untuk cari kamu. Tapi lepas kemalangan tu, polis ada datang sini dan cakap panggilan tu cuma scammer."
"Allahu..." Lutut Raudhah kembali tak berdaya. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya merembes keluar setitis demi setitis. Tidak terbayang olehnya bagaimana perjuangan mereka untuk bertemu dengannya selama lima tahun.
Tapi kenapa? Kenapa selama ni mama papa sanggup tutup mata dan biarkan dia berseorangan?
"Reen..." Bibik Suraya terus melangkah mendekati Raudhah. Pipi mulus wanita itu diusap lembut.
"Reen kena kuat tau? Lepasni saya tak boleh temankan Reen lagi."
"Ke-Kenapa?"
Bibik Suraya melakar senyuman nipis. Nafas ditarik kemudian dihembus perlahan sebelum dia menepuk pula kedua-dua bahu Raudhah.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...