TSB | 24

11.3K 549 2
                                    

RASA tak selesa, rasa tak senang, rasa terancam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RASA tak selesa, rasa tak senang, rasa terancam. Sungguh itu yang dirasakan olehnya sekarang. Setiap kali duduk di atas meja makan, adakalanya sepasang anak mata itu merenung ke wajahnya. Sekejap berkerut, sekejap tak. Dia pula naik seram sampaikan tak nak menatap wajah di hadapannya.

Bukannya apa, kotlah Ziyad kenal dia atau tak.

"Kak Uda tak makan?" Soal Umairah. Kali ini gadis itu bersuara. Disebabkan lama sangat Raudhah mendiamkan diri, nak tak nak dia kena tanya.

"Akak dah kenyang sikit," balas Raudhah sambil ukir senyuman. Entah kenapa selepas saja hadir Umairah dan lelaki itu, dia tak rasa kenyang walau dah berkali-kali makanan itu disuap ke dalam mulut.

Pada masa yang sama, iris mata turut sama memandang wajah Haqqim di samping. Setiap makanan yang terhidang di atas meja dilahap oleh Haqqim. Nampak sedap.

"Sukanya dia makan..." Umairah senyum suka.

"Aunty Umairah tahu... Masakan nenek paling sedap." Haqqim membalas. Tak cukup dengan senyuman, dia tayangkan juga gigi putih tersusun rapi. Kalau pasal makanan, Haqqim nombor satu.

"Betul... aunty dah cakap dengan Haqqim sebelum ni, kan. Masakan nenek memang selalu sedap." Umairah angkat ibu jarinya. Tak dinafikan masakan ibunya paling sedap dan sangat dirindukan semasa dia belajar di luar negara dulu.

Dan sekarang bila kerja pun, dia asyik teringat masakan Mak Siti. Kalau dah teringat, nak tak nak kena balik ke kampung. Itu saja jalan penyelesaiannya.

"Mairah dan Ziyad dah lama kenal?" Soal Mak Siti. Soalan baru keluar dari mulut setelah lama wanita itu berdiam diri. Kedua-dua iris matanya kini memandang wajah Umairah dan Ziyad silih berganti.

"Setahun yang lepas," jawab Ziyad. Santai.

"Oh..." Mak Siti angguk kepala. Faham.

Raudhah disamping masih duduk seperti orang yang tak tahu apa-apa. Tetapi bila mendengar perkenalan Ziyad dan Umairah, bibir diketap dengan begitu rapat. Betul, dalam masa lima tahun banyak benda boleh jadi secara tiba-tiba. Dan sampai sekarang, dia tak tahu apa yang terjadi dalam hidup Zayran. Bahagia? Mungkin iya. Lelaki itu pasti bahagia tanpa dia.

"Mak..." Lirih nada suara Umairah membuatkan kepala Mak Siti menoleh. Ditenung wajah anak perempuannya itu.

"Kenapa?"

"Mairah minta izin nak kahwin dengan Ziyad."

Sejenak ruangan jadi sunyi. Mak Siti terdiam, begitu juga Raudhah. Haqqim pula yang tak tahu apa-apa hanya makan makanan yang dimasak oleh Mak Siti dalam keadaan senyap. Teliti tatapan Mak Siti kepada Umairah.

"Betul nak kahwin?" Mak Siti toleh muka pada Ziyad.

"Ya, makcik."

Ziyad juga menjawab. Melihat mereka berdua, berasa seperti manusia dilamun cinta. Jujur Raudhah teringat pada diri sendiri di saat dia dilamun cinta. Tetapi siapa sangka kekuatan jatuh cinta itu mampu merosakkan diri seseorang hingga dia menjerut diri ke dunia gelap ini.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now