TSB | 46

11.6K 454 24
                                    

SUARA keriangan kanak-kanak bermain dalam sistem pendengaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUARA keriangan kanak-kanak bermain dalam sistem pendengaran. Memandang gelagat anak kecil yang begitu girang bermain di kawasan batu sungai, menyebabkan bibir itu mengukir senyuman. Setelah sebulan Zayran dalam proses sembuh, permintaan Haqqim terus ditunaikan.

Bila tiba saja cuti sekolah, Zayran membawa mereka ke sebuah pusat rekreasi. Siap ada air terjun. Kanak-kanak apalagi, bukan main suka.

"Jangan jauh-jauh tau..." Keras amaran Raudhah dari jauh. Sejak tadi matanya tidak dapat melepaskan pandangan daripada Haqqim dan Orked. Budak dua orang tu, kalau dah berjumpa. Dah tak ingat dunia!

"Abang nak pergi mana?" Rose pandang wajah Ammar. Melihat Ammar dengan pakaian renang bersama seluar pendek itu, Rose kerut dahi.

"Tengok Orked."

Rose mengangguk. Sementara di sebelahnya ada Izz sedang duduk sambil berendam kaki.

"Abang tak nak mandi?" Soal Rose pada Izz. Sekarang Izz dah tukar nama panggilan. Bila dah makin besar, panggilan 'abang' ajelah yang disebut.

Izz geleng kepala. "Sejuk."

"Kenapa tak ikut daddy je?" Kali ini Ammar menyoal. Izz baru saja sembuh daripada demam. Jadi, tak hairanlah kenapa Izz menolak.

"Tak naklah." Izz tetap menolak.

Mahu tidak mahu, Rose dan Ammar terpaksa menurut kata-kata Izz. Kalau anak teruna tu dah kata tak nak, maksudnya tak naklah tu.

"Awak pula nak kemana?" Kali ini Raudhah menyoal. Nada lebih tinggi. Tak boleh hilang sifat garang mak-mak seorang ni.

"Tengok Haqqim."

"Awak pun nak ikut Ammar?" Dahinya berkerut. Mentang-mentang dah elok. Nak pula nampak macho macam Ammar.

"Eh, siapa kata nak ikut Ammar? Abang pun nak main juga dengan Haqqim. Dah lama tak main."

"Awak bukan kecil lagi."

"Yalah, tak kecil. Tapi Haqqim tu kecil lagi. Kalaulah dia terjatuh dari atas batu tu, siapa nak selamatkan?"

"Awak belum sembuh sepenuhnya, Muhammad Zayran." Raudhah memberi sedikit amaran keras. Bukannya apa, Zayran pun belum sepenuhnya sihat. Tapi bertindak seolah-olah sudah sihat sepenuhnya.

"Trust me, I can do."

"Macam mana saya nak percayakan awak?" Keningnya hampir bertaut. Cukuplah berkali-kali timbul rasa risau dalam hati. Zayran pula jenis tak nak dengar cakap. Haish...

"Pejam mata..."

"Asal pejam mata?"

"Ala, pejam je lah mata." Tegas Zayran. Nak tak nak, Raudhah tetap pejamkan mata sendiri. Turutkan saja apa keinginan Zayran. Entahlah, dia pun tak tahu apa yang lelaki itu nak sebenarnya.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now