SENYUMAN yang terukir dari wajah itu langsung tidak memudar. Anak mata mulai memerhati setiap sudut pakaian kemeja lelaki. Ada yang cantik, ada yang unik dan ada juga yang mengikuti trend terbaru.
"Haqqim, mana satu cantik?" Raudhah raih dua helai kemeja dengan warna yang berbeza. Laju dia mempamerkan kemeja itu kepada Haqqim.
"Hm..." Dagu sendiri diusap. Sengaja anak kecil itu menyipitkan sedikit matanya.
"Ini!" Tak sampai seminit, jari telunjuknya ditunjukkan ke arah baju kemeja berwarna kelabu.
"Kenapa tak nak pilih putih?"
Haqqim menggeleng. "Ramai dah tengok orang pakai putih. Tak cantik."
Ketika mendengar jawapan Haqqim, bibir terus saja menarik senyuman nipis. Perlahan-lahan kemeja berwarna putih diletakkan semula di tempat asal. Manakala kemeja berwarna kelabu yang dipilih oleh Haqqim tadi diambil.
"Mama, boleh Aqqim tanya?" Haqqim raih tangan mamanya sambil kepala didongakkan sedikit agar dapat menatap mata Raudhah.
"Tanyalah..."
"Papa sakit apa?" Soal Haqqim. Ringkas. Selalu dia dengar lelaki itu sakit. Tapi belum ada jawapan pasti berkenaan dengan 'sakit' yang dialami oleh lelaki itu menyebabkan Haqqim tertanya-tanya.
"Sakit mata ke?" Sambung anak lelaki itu lagi.
"Macam mana Aqqim boleh tahu?"
"Sebab Orked cakap."
Raudhah mengemam bibir merahnya dengan rapat. Akhir-akhir ini Orked dan Haqqim selalu meluangkan masa bersama. Boleh dikatakan setiap petang, Rose terpaksa membawa Izz dan Orked ke rumah hanya disebabkan permintaan Orked. Katanya nak bermain sama-sama.
"Lepastu, kenapa Haqqim tanya mama kalau Haqqim dah tahu?"
Haqqim diam. Anak mata meliar melihat sekitar seterusnya menghembuskan nafas berat.
"Erm, Aqqim nak tahu bila papa boleh sembuh," ujarnya penuh keraguan membuatkan Raudhah sedikit terkilan. Sembuh? Besar sungguh harapan Haqqim untuk melihat Zayran sembuh semula.
"Aqqim nak papa sembuh?"
Kali ini kepalanya diangguk. Tanda iya.
"Kalau papa sembuh, Aqqim boleh main dengan papa. Boleh jalan-jalan dengan papa. Macam kawan Aqqim dengan papa dia orang." Sekali lagi ayat yang hampir sama seperti yang didengari sebelum ini. Remuk hati Raudhah bila mendengar kenyataan itu. Tahu Haqqim membesar tanpa sosok ayah.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...