SUNYI. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini sunyi sebaik saja kaki itu melangkah keluar dari ruangan bilik. Dikerling jam di dinding, Zayran kerut dahi sendiri. Takkan jam tujuh pagi pun, Raudhah tak bangun lagi?
Tidak lama dia berdiri, kaki diatur semula menuju ke ruang bilik isterinya. Sebaik saja berdiri tepat di depan pintu itu, nafas dihembus dengan begitu kasar.
Tiba-tiba dia sendiri gugup. Jantung berdegup kencang. Masih teringat bagaimana layanan kasarnya terhadap wanita itu pada malam semalam.
"Kejam sangat ke aku?" Dia menyoal diri sendiri. Entah kenapa selepas saja menikah dengan wanita itu, hatinya mulai berbolak-balik dan tidak tentu.
Kadangkala ingin melepaskan semua kemarahan. Kadangkala juga disebaliknya.
Tak!
Kaki turut tersentak sebaik saja pintu bilik itu terbuka. Tidak jadi tangannya cuba mengetuk pintu, mata sudah bertembung dengan sepasang anak mata yang indah untuk ditatap.
Dada turut berdebar.
"Kenapa ada dekat sini?" Lancar soalan Raudhah menyebabkan lidah si lelaki kelu. Tiba-tiba dia jadi sopan walaupun kenyataannya, dia tidak ingin melakukan demikian.
"Kau ada tengok sekarang jam berapa?" Zayran pandang muka Raudhah. Sesekali tangan menggosok tengkuk sendiri. Malu.
"Jam?" Ekor mata terus beralih ke arah dinding. Nak cakap pasal jam, memang betul dia sama sekali tidak melihat jam. Air liur diteguk sedikit berpasir.
"Sorry..."
"Kenapa minta maaf?"
Raudhah ketap bibir sendiri.
"Saya tak sedar, Haqqim tak dapat tidur semalam... jadi, saya baru lepas tidurkan dia."
"Lepas tu tak sedar dah jam berapa?" Sinisnya pandangan lelaki itu membuatkan Raudhah tidak mampu menatap lama. Botol susu di tangan segera digenggam dengan erat.
"Saya..."
Tiba-tiba Zayran hela nafas panjang. Tidak menunggu Raudhah menghabiskan ayat, langkahnya sudah menjauh daripada wanita itu dalam keadaan terpinga-pinga.
"Dah, aku nak pergi kerja." Dingin.
"Tuan tak nak sarapan?"
"Dah lewat macam ni, bila masa lagi kau nak siapkan sarapan?" Dahinya berkerut. Memandang jam di dinding, sekali lagi nafas dihembus kasar. Memang tak sempat langsung.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...