TSB | 43

9.8K 476 7
                                    

SEAWAL enam pagi lagi, bunyi bising di dalam dapur membuatkan Mak Yun mengatur langkah ke sana untuk melihat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEAWAL enam pagi lagi, bunyi bising di dalam dapur membuatkan Mak Yun mengatur langkah ke sana untuk melihat. Siapa lagi kalau bukan Raudhah. Walau demam semalam tak kebah lagi, masih juga nak gagahkan diri bekerja di dalam dapur.

Itulah degil, kan?

"Kalau tak larat, tak apalah. Biar Mak Yun yang masak," tutur wanita itu sambil menghampiri tubuh Raudhah.

"Saya okey je. Lagipun dah reda sikit..."

"Yalah, tapi masih demam tu." Mak Yun geleng kepala. Cuba melarang. Makin dilarang, makin Raudhah keras kepala. Alahai...

"Tak apa."

"Tak apa... tak apa... Mak Yun yang kena marah nanti," tutur Mak Yun dengan nada tegas. Senduk di tangan langsung direbut oleh Mak Yun sambil wanita separuh usia itu melontarkan pandangan tajam ke arah Raudhah.

"Janganlah marah saya." Raudhah mencebik. Bila Mak Yun tayang muka garang, tak semena-mena dia terasa. Sensitif sungguh perasaan ni bila sakit-sakit.

"Saya tak marah tapi saya risau. Demam semalam pun tak berapa reda lagi, muka masih pucat, tubuh tak bermaya. Macam mana nak sambut suami kalau macam ni?" Omel Mak Yun. Seperti yang dijanjikan oleh Puan Sri Kinan sebelum ini, Zayran akan pulang ke rumah setelah berminggu-minggu berkampung di hospital.

Mendengar kata-kata Mak Yun, Raudhah mengemam bibirnya dengan rapat. Bukannya dia tidak tahu dengan keadaannya sekarang. Demam. Tak bermaya. Sebenarnya nak berdiri pun, seluruh otot sendinya dalam keadaan sakit-sakit.

"Biar saya je urus semua ni. Kamu pergi rehat..." Mak Yun bertegas. Tubuh Raudhah ditolak lembut supaya keluar dari kawasan dapur. Tak tentu pasal Raudhah terpinga-pinga memandang Mak Yun.

"Mak Yun, saya bukannya sakit teruk pun."

"Ala, tahu. Saya tahu demam biasa aje tapi kalau nak sihat, kena banyak berehat." Nasihat Mak Yun. Tetap dengan pendiriannya. Tak ada sepatah perkataan pun daripada mulut Mak Yun untuk mengiyakan segala pergerakan Raudhah.

Yang ada hanya menentang.

Mahu tidak mahu, Raudhah terpaksa akur. Nafas ditarik dalam sebelum dia menghembuskan nafas berat. Toleh kiri dan kanan, masih sunyi. Yalah, Haqqim pun masih lagi diulit dengan mimpi indah.

Tak ada suara heboh kanak-kanak itu.

"Puan Sri ada call kamu?" Spontan soalan Mak Yun kepada Raudhah. Lantas, wanita itu menatap Mak Yun dengan kening terangkat.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now