TSB | 34

10.8K 488 3
                                    

"BANYAK lagi ke?" Tanya Rose pada Raudhah yang berdiri lebih kurang dua meter jaraknya dengan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BANYAK lagi ke?" Tanya Rose pada Raudhah yang berdiri lebih kurang dua meter jaraknya dengan dia. Ada beberapa buah kotak yang sedang diletakkan di luar, dan ada juga sedikit baki untuk pakaian Haqqim.

Masing-masing merasakan kesibukan ketika memasukkan barang-barang memandangkan Raudhah bakal menetap bersama keluarga Zayran. Pada mulanya wanita itu menolak namun lambat-laun, dia juga perlu sedar diri tentang siapa dia yang sebenarnya.

"Rose..."

"Ya?" Mata ditalakan semula ke arah Raudhah.

"Mak aku sihat?" Soalnya dengan penuh keraguan. Tubuh berdiri tegak sambil melipat baju Haqqim.

Mendengarkan itu, reaksi Rose terus berubah.

"Mak aku sihat, kan?"

"Sihat..." Perlaha-lahan Rose mengangguk kepala.

"Alhamdulillah, papa?"

Sekali lagi Rose membalas dengan anggukan kepala. Melihat reaksi itu, Raudhah melepaskan nafas paling berat yang selama ini disimpan. Bohonglah jika selama lima tahun, dia tidak pernah terdetik mahu bertemu dengan orang tuanya.

Malah, hampir setiap hari berharap untuk bertemu. Tetapi mampukah dia setelah memalukan keluarga sendiri? Memalukan air muka ibu dan ayahnya sendiri?

"Kenapa tanya?" Rose mengembalikan soalan pada Raudhah. Anak mata mereka saling bertatapan.

"Tak ada. Saja nak tanya..." Bibir ukir senyuman kelat. Mulut saja berkata demikian, tapi jauh di lubuk hati tiada siapa yang mengetahuinya melainkan hanya Dia yang tahu segala-galanya.

"Kau okey tak ni? Apasal nampak pucat semacam, kau ada makan tak?" Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut Rose. Memandang wajah temannya mula kelihatan pucat, Rose bertambah risau.

"Tak ada..." Kepala digeleng. Sejak semalam dia tak makan apa-apa, kiranya nak makan tengah hari nanti tapi sekarang ni pun perut dah buat hal.

"Ya Allah, kenapa skip makan?"

"Dah stop kemas. Kita pergi makan dulu..." Barang yang ada di tangan terus dimasukkan ke dalam kotak. Langkah mula dibuka menghampiri Raudhah dengan pantas.

"Dahlah, sikit lagi ni..."

"Makan dulu..."

"Rose..."

"Aku kata makan dulu. Kalau kau pengsan kat sini, siapa nak angkat?"

"Aku boleh tahan lagi..." Senyuman tetap cuba diukir. Berusaha untuk meyakinkan Rose walaupun apa yang dikatakan olehnya tidak akan berkesan pada Rose.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now