TSB | 54

9.7K 476 11
                                    

"KENAPA tak makan?" Soal Makcik Kalsom tatkala memerhati pergerakan Syifa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KENAPA tak makan?" Soal Makcik Kalsom tatkala memerhati pergerakan Syifa. Sayur-sayuran seperti lobak merah diketepikan membuatkan wanita itu mengerutkan dahi. Pelik. Takkan Syifa tak makan langsung lobak tu?

"Kamu tak makan lobak ke?"

Syifa geleng kepala. "Tak. Saya alergi."

"Kenapa tak bagitau awal-awal? Kalau tak, makcik boleh je asingkan lobak tu awal-awal lagi. Macam Tuan Zayran punya," beritahu Makcik Kalsom. Lantas, Syifa alihkan pandangan ke pinggan Zayran. Saat itu, barulah dia perasan tidak ada lobak merah melainkan sayur-sayuran yang lain.

"Tuan pun alergi ke?"

Zayran cuma mengangguk. Mengiyakan. Jarang sekali ada orang yang mengalami alahan sayur-sayuran sepertinya. Selalunya yang ada, alahan dengan kacang dan juga udang.

"Antara ibu dan ayah Tuan, siapa yang ada alergi?"

"Datuk."

"Hah?" Syifa membulatkan mata. Tak semena-mena dia terpaku di atas bangku sendiri.

"Datuk saya. Saya pun tak tau macam mana boleh turun dekat saya," balas lelaki itu sambil mengangkat kedua-dua bahunya. Tak tahulah macam mana genetik itu boleh turun padanya sedangkan ibu dan ayahnya tidak mengalami alahan yang sama.

Bukan setakat dia seorang. Tapi Ziyad juga begitu.

"Sebenarnya... makcik tak pernah lagi dengar orang alergi lobak, tapi tengok korang berdua ni macam unik betul." Makcik Kalsom pandang dua orang itu.

Jujur, semakin lama dipandang. Semakin lama dia teringat akan sesuatu. Cuma dia tidak dapat memastikan apa itu. Hanya saja, dia merasakan dua orang ini memiliki persamaan.

DARI pagi ke malam, rasa loya tidak berhenti terasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DARI pagi ke malam, rasa loya tidak berhenti terasa. Seluruh tubuh makin hilang daya. Malah untuk berdiri beberapa saat saja, tubuh tidak mampu menampung berat badan. Lama juga dia berbaring di atas katil hingga Puan Sri Kinan terpaksa menemani Raudhah di samping.

"Masih rasa nak muntah?"

Raudhah angguk kepala. Mata tetap dipejam. Kalau boleh dia tak nak hidu apa-apa bau. Bahkan setiap kali Mak Yun bawakan makanan, dia tetap menolak. Yang dapat diterima, cuma bubur kosong. Tanpa garam, tanpa perasa. Hanya bubur semata-mata.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now