TSB | PROLOG

19.2K 682 7
                                    

"KAU nak keluar dari rumah ni?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU nak keluar dari rumah ni?"

Ayat ringkas itu kedengaran di halwa telinganya. Memandang figura seorang lelaki bertubuh tegap di hadapannya membuatkan Raudhah teguk air liur.

"Saya taknak..." Kepala digeleng. Menolak. Buat apa dia nak keluar dari rumah ini, sedangkan dia sudah hidup selesa? Selesa bersama anak kecilnya, Muhammad Haqqim.

"Kenapa taknak? Kalau kau keluar, kau boleh hidup bebas," ujar lelaki itu. Dingin. Melalui pandangan mata saja, Raudhah tahu lelaki itu tidak menyukainya.

Muhammad Zayran, siapa saja tidak mengenali lelaki yang tampan dan kaya itu. Lebih kaya daripada Ammar. Tak cukup menjadi anak seorang Tan Sri, lelaki itu juga menguruskan sebuah hotel yang besar. Tetapi pertemuan mereka tidaklah seindah mana.

Bagi lelaki itu, dia hanya perosak. Perosak rumah tangga.

"Saya taknak anak saya dihina..." Lembut Raudhah menjawab. Sesekali dia tundukkan kepala, sungguh pandangan mata Zayran lebih tajam berbanding dia.

"Baru nak ingat anak?"

Zayran menyindir.

"Dah berani buat, berani tanggung..." Sekali lagi ayat itu. Raudhah hanya diam meskipun kesannya cukup mendalam di dalam hati.

"Kenapa Tuan buat saya macam ni?" Kepala diangkat. Bibir bawahnya digigit kuat. Saat pertama kali mereka bertemu, Zayran sudah meletakkan rasa bencinya kepada dia.

Kenapa? Sebab dia merosakkan rumah tangga adik sepupunya? Sebab dialah dalang penderitaan Rose? Ya, mungkin.

"Kau tak sedar apa yang kau buat selama ni?" Zayran memeluk tubuh. Mereka berdiri di bawah pokok tinggi yang benar-benar berdepan dengan masjid kampung itu.

"Saya sedar..."

"Habistu, kau tak rasa bersalah ke nak susahkan Rose? Tak cukup kau buat dia menderita, kau nak menyusahkan dia lagi?" Rahangnya bergerak.

"Pasti Tuan tak puas hati dengan saya. Sebab itu, Tuan tiba-tiba berdiri di depan saya dan cakap macam ni, kan?" Anak mata tertumpu ke arah anak mata lelaki itu. Dalam.

"Yes, aku tak puas hati sebab Rose senang sangat maafkan kau."

Raudhah terdiam. Kepalanya terus tertunduk melihat rumput hijau. Betullah, sepatutnya Rose tidak memaafkannya dengan semudah itu.

"Saya minta maaf."

"Do you think just only with the words, boleh selesaikan semua?" Tiba-tiba Zayran memacu ayat yang kedengaran kasar.

"Saya tahu."

"Then, you still nak ada dekat sini?"

Air liur diteguk payah. Tanpa dia kata pun, tubir matanya sudah semakin hangat. Inikah lelaki yang mengazankan anaknya ketika lahir? Kasar...

"Aku warn awal-awal supaya kau sedar. Jangan ambil kesempatan nak rosakkan rumah tangga orang lagi. Sekali aku tengok Rose menderita disebabkan kau, jangan harap kau lepas..." Ayat itu ditekan. Tanpa memandang ke arahnya lagi, langkah lelaki itu bergegas pergi daripada pemandangannya.

Nyatalah dia hina. Nyatalah lelaki itu tidak suka dengannya. Ya, siapa saja nak suka perempuan yang sudah berzina? Siapa saja nak suka seorang perosak rumah tangga?

Tidak. Tidak ada sebab dirinya sama saja seperti seorang pelacur. Merosakkan kehidupan orang.

BERSAMBUNG

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now