TSB | 33

12.3K 515 26
                                    

"MASAK apa tu?" Soal Puan Sri Kinan sebaik saja melihat Raudhah begitu asyik memasak di dalam dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MASAK apa tu?" Soal Puan Sri Kinan sebaik saja melihat Raudhah begitu asyik memasak di dalam dapur. Selepas solat subuh, kaki terus keluar dari bilik. Dan saat itu matanya ternampak satu figura sedang ligat memasak.

"Nasi goreng."

"Mak Yun mana?" Tanyanya lagi.

"Mak Yun masih dalam bilik kut. Saya saja nak masak, lagipun kesian dengan Mak Yun. Semalam dia cakap badan dia tengah sakit-sakit," beritahu Raudhah. Jujur malam semalam, dia sempat berborak dengan Mak Yun. Yelah, Mak Yun pun dah berusia. Biasalah bila kena sakit-sakit tubuh badan ni.

"Oh... Zayran mana?"

"Tak tahu. Semalam dia ada cakap dia keluar dengan Ammar awal pagi ni."

Puan Sri Kinan mengerutkan dahi. Awal pagi dah keluar rumah? Tak pernah-pernah lagi Zayran keluar rumah sebelum dia keluar dari bilik. Inikan pula dengan keadaan Zayran tu.

"Hm, tak apalah. Nanti ibu tanya Mak Yun kut-kut Ammar ada masuk rumah," tutur wanita itu bersama anggukan kepala. Sejak dua menjak ini, Zayran dah mula terbiasa dengan keadaan sebenar lelaki itu.

Sebulan yang lepas, Zayran menerima rawatan di Singapura bersama dengan Ammar. Namun semua itu belum menjanjikan apa yang anak lelakinya mahukan. Cepat atau lambat, pasti masanya akan tiba nanti.

Sebab itu, hanya doa yang bisa dia panjatkan.

"AQQIM! Mana boleh lari-lari! Nanti mama maghah!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"AQQIM! Mana boleh lari-lari! Nanti mama maghah!"

"Aqqim!"

Suara jeritan tak henti-henti memenuhi halaman rumah. Langkah kanak-kanak berlari ke sana ke sini menghiburkan hati Raudhah saat duduk di atas bangku sambil memerhatikan telatah anak kecil di hadapannya.

"Budak-budak ni, tak penat ke?" Tegur Puan Sri Kinan tatkala langkah menghampiri Raudhah. Melihat kedua-dua cucunya bermain sampai tak ingat dunia, membuatkan wanita itu melakar senyuman lebar.

"Mana ada penat, bu. Dorang kan masih muda."

Puan Sri Kinan tertawa.

"Seronokkan jadi budak-budak? Dulu pun ibu suka tengok Zayran main macam ni. Antara dorang semua, Zayran paling lasak. Pokok pun dia panjat gara-gara nak makan rambutan. Cuma Ziyad dengan Zahirah je sopan budaknya," tuturnya. Senyuman sama sekali tidak memudar dari wajah itu.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now