TSB | EPILOG

13K 538 111
                                    

"TAHNIAH!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TAHNIAH!"

Ziyad tepuk bahu adik lelakinya. Saat memandang wajah bayi yang sedang berbaring di atas pangkuan Raudhah, masing-masing mengukir senyuman. Bukannya apa, wajah kecil, hidung mancung, bibir merah seperti mengenakan gincu. Nampak comel betul. Mirip seperti maknya!

"Siapa nama dia?" Tanya Puan Sri Kinan kepada Zayran. Teruja punya pasal sampai lupa nak tanya nama.

"Muhammad Amrin." Ringkas dan mudah disebut. Jadi tak adalah jadi masalah untuk anaknya di sekolah nanti. Nama panjang pun tak ada guna kalau nama panggilan guna satu nama saja.

"Oh, Amrin..." Wanita separuh usia itu anggukkan kepala. Amrin dan Haqqim, betul-betul jadi anak teruna. Makin ramailah bodyguard Raudhah kalau macam ni.

"Meriahlah Raudhah kali ni. Ramai betul bodyguard."

Raudhah tersengih sambil menundukkan kepala. Memandang wajah suci si bayi yang benar-benar kelihatan comel. Dulu dia menatap wajah kecil Haqqim, sekarang dia menatap pula wajah kecil Amrin.

"Hai adik..." Haqqim mendekati Raudhah kemudian menyentuh tangan kecil Amrin. Tak cukup dengan itu, sempat juga Haqqim mencium tangan Amrin. Wangi!

"Bau baby." Haqqim sengih.

"Macam tu lah bau Haqqim dulu." Rose mencelah bila melihat Haqqim duduk di samping Raudhah. Kalau diikutkan, Haqqim kena sekolah. Tapi disebabkan tahu kehadiran Amrin, tak pasal-pasal anak kecil seorang itu mengamuk.

"Zay dah azankan Amrin ke?"

Zayran angguk kepala. Dia sendiri masuk ke dalam bilik persalinan dengan permintaan sendiri. Bila melihat pengorbanan isterinya separuh mati untuk melahirkan zuriat mereka itu. Tipulah jika air mata jantannya tidak keluar.

Kasihan. Kasihan dengan Raudhah.

"Kau ni apasal nampak pucat? Masih terkejut ke?" Ziyad menegur. Sedari tadi dia sedar raut wajah adiknya. Bukan main pucat lagi.

"Terkejutlah tu. Baru kamu tengok macam mana Raudhah nak melahirkan zuriat kamu?"

Zayran langsung gigit bibir sendiri. Macam dia pula yang kena marah. Tapi betullah apa yang ibunya katakan, terkejut itu pasti. Dan sekurang-kurangnya dia saksikan bagaimana pertarungan seorang ibu hendak melahirkan anak yang ada di dalam kandungan selama sembilan bulan.

"Bu, boleh tak biarkan Zay dengan Raudhah?" Pinta Zayran. Bila ruang bilik itu dipenuhi dengan keluarganya, dia pula rasa segan bila mahu berdua dengan isterinya.

Mendengarkan kata-kata itu, masing-masing tayang muka faham. Tanpa mengeluarkan sebarang kata, mereka menyusun langkah pergi daripada kawasan bilik wad meninggalkan Zayran dan Raudhah berdua.

Memberikan peluang kepada Zayran untuk berbual dengan Raudhah.

"Kenapa awak suruh dorang keluar?" Raudhah kerut dahi. Amrin yang ada di dalam pelukannya dibelai lembut. Takut pula nanti merengek.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now