TSB | 2

11.1K 560 19
                                    

"RAUDHAH

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RAUDHAH..."

Sayup-sayup suara kedengaran menyebabkan Raudhah berpaling. Melihat wajah di hadapannya, wanita itu segera mengukirkan senyuman.

"Ya?" Raudhah menyahut panggilan Areesa. Senyum.

"Aku nak minta tolong kau sikit, boleh?" Areesa balas dengan senyuman. Hanya dari pandangan, Raudhah tahu Areesa sememangnya cantik bila dilihat lama.

Yelah, seorang bekas model. Tapi sayangnya, impian itu tidak kesampaian bila si ayah menjadi seorang penjudi dan kaki botol. Habis Areesa dikerjakan bila sudah hilang kawalan.

"Apa tu?"

"Kak Atul tadi ada suruh aku angkat barang dekat belakang rumah tu. Aku nak ke tandas, so nak minta tolong dengan kau sekejap. Boleh ke?" Areesa tayang muka simpati.

"Berat ke?" soalnya sambil mengetap bibir. Sudahlah dia baru saja melahirkan anak, rasa sakit saja masih terbayang olehnya.

"Alah, tak adalah berat sangat. Biasa-biasa je..." Areesa menunjukkan riak penuh yakin. Mahu tidak mahu, Raudhah mengangguk. Apa salahnya kalau dia nak tolong orang, daripada tak buat apa-apa. Mujur saja Haqqim sekarang dijaga Makcik Kalsom.

"Okeylah..." Raudhah angguk kepala. Laju senyuman terukir di wajah Areesa.

"Good! Nanti bagitau je kalau dah siap!" lantangnya dengan kuat. Tanpa memikirkan apa cara jua, pantas Areesa pergi meninggalkan Raudhah seorang.

Raudhah terdiam seketika di tempatnya berdiri. Keluar saja masjid, dia jadi kehilangan arah. Yelah, pagi subuh je Areesa dah minta tolong macam ni.

"Lantaklah, Raudhah..." Si wanita hela nafas panjang. Tak fikir panjang, langkah diatur menuju ke arah rumah perlindungan itu.

Setibanya di belakang rumah, Raudhah berdiri tegak sambil menatap beberapa buah kotak yang terletak rapi itu. Isi di dalamnya, langsung tidak diketahui.

Diam seminit, akhirnya dia bergerak mendekati kotak tersebut. Kotak cuba diangkat tetapi tidak ada dayanya apabila rasa sakit bersalin masih lagi terasa.

Tetapi dek kerana tidak ingin menghampakan Areesa, Raudhah mencuba juga. Rasa sakit cuba ditahan. Sekejap saja Raudhah... Ya, sekejap je.

 Ya, sekejap je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now