TSB | 13

10.9K 572 32
                                    

SENYUMAN menyapa kehadiran mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SENYUMAN menyapa kehadiran mereka. Tidak jauh beberapa langkah, figura tubuh Makcik Kalsom, Rose dan juga Zaidatul kelihatan dari kejauhan. Masing-masing berdiri sambil mempamerkan senyuman hangat.

"Assalamualaikum," sapa wanita itu dengan lembut. Tubuhnya menghampiri tubuh Makcik Kalsom sebelum mengucup kekura tangan wanita tua itu dengan lembut.

"Waalaikumsalam..." Makcik Kalsom membalas semula. Senyuman indah terhias dari wajah itu membuatkan Raudhah kembali rindu. Rindu yang teramat.

"Makcik sihat?" Spontan ayat tersebut keluar daripada mulutnya.

"Alhamdulilah, sihat. Raudhah?"

"Sihat..." Raudhah mengangguk kepala sebagai tanda mengiyakan. Lega bila Makcik Kalsom kembali ceria. Jauh sekali perbezaan bila keberadaannya wujud di Ainul Sumayyah.

Mungkin benarlah kata suaminya sebelum ini, kalau dia bertahan lagi di rumah kebajikan itu, tak mustahil Makcik Kalsom berada di bawah tekanan.

"Raudhah..." kali ini suara lain yang kedengaran. Kepala diangkat lalu dialihkan pula ke arah Rose yang turut sama berdiri disamping Makcik Kalsom.

Saat itu juga, jelas Rose memandang ke arah Zayran. Wajahnya kelihatan agak bingung.

"Makcik tak bagitahu apa-apa lagi dengan Rose." Makcik Kalsom bersuara tika suasana semakin dapat diduga.

"Apa yang makcik tak bagitahu?" Rose berpaling ke arah Makcik Kalsom.

"Zayran dengan Raudhah dah kahwin."

"Hah?" Mulut Rose ternganga sedikit. Dahi juga turut berkerut saat mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Makcik Kalsom.

Laju pandangan matanya beralih pula ke arah kawan dan sepupunya. Menginginkan kepastian.

"Raudhah?"

"Betullah tu apa yang Makcik bagitahu." Terasa segan Raudhah untuk menyatakan hal yang sebenar. Lihat wajah Zayran, dia tahu Zayran tidak senang dengan hubungan mereka. Tak payah risau pun, dia tahu hubungan ini takkan kekal lama.

"Kenapa tak ada seorang yang bagitahu saya?" Suara Rose kedengaran sedikit kecewa.

Manakan tidak, kawan baik dan sepupu berkahwin tanpa pengetahuannya. Balik saja ke tanah air, dia digemparkan pula dengan berita ini. Tak bercinta, bahkan untuk meletakkan rasa suka juga tak ada. Inikan pula berkahwin.

"Nanti aku explain dekat kau." Zayran mencelah membuatkan Rose terdiam. Tapi, tak lama itu Rose mengangguk faham.

Tak manis kalau dia mahu beradu mulut di sini, lagipula pasti ada alasan tertentu yang membuatkan lelaki itu ingin mengahwini rakannya.

Dan Rose berharap, niat Zayran bukanlah kerana dendam.

"Tak manis kalau kita biarkan tetamu kat luar lama-lama. Jom masuk, kesian Haqqim kena berpanas..." Makcik Kalsom sempat mencubit pipi gebu Haqqim.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now