SEBULAN duduk di rumah, akhirnya dia kembali ke rutinnya semula selepas lima tahun. Baju kemeja yang pernah dipakai beberapa tahun lepas ditenung lama dengan iris mata itu.
"Apasal asyik tenung je kemeja tu?" Tegur Puan Sri Kinan bila menyedari tingkah anak lelakinya. Pelik-pelik betul. Tak cukup tenung isteri, tenung pula baju kemeja itu.
"Kenapa baju ni nampak kecil eh?" Zayran angkat kening sendiri. Dagu mula diusap-usap sambil dia menilik setiap inci baju itu. Baju itu makin besar, atau dia yang semakin membesar?
"Kau tu dah makin membesar." Ziyad menyampuk. Keluar saja dari bilik, dia juga turut sama memerhati kelakuan aneh adiknya.
"Berat kau berapa? Tinggi kau berapa?" Soal Zayran tak puas hati. Mata tajam merenung wajah Ziyad. Eh si Ziyad ni, sibuk aje nak cakap dia makin membesar!
"83kg, 188cm. Kau ada?" Si abang membidas. Tidak mahu mengalah. Saat mendengar jawapan daripada Ziyad, Zayran cuma terkekeh kecil.
"Alah, beza beberapa je," lagak lelaki itu membuatkan Ziyad kemam bibir dengan rapat. Reaksi apa itu? Reaksi cuba mengejek dirinya?
"Kau?"
"77kg, 187cm."
Ringkas tetapi padat. Perkelahian antara adik beradik tentang berat badan pun terus menerus menjadi adegan di hadapan Puan Sri Kinan. Tidak semena-mena wanita itu menghela nafas panjang. Ya Allah...
"Gaduhlah... gaduh sampai tak ingat dunia ni. Pasal berat dengan tinggi pun nak jadi gaduh. Nak jadi apa korang berdua ni?" Si ibu sudah mengerutkan dahi. Sejak Zayran dah makin sembuh, dua beradik ni memang tak sah kalau tak gaduh. Biarlah seorang tu dah berkahwin, seorang pula dah bertunang. Dua-dua tak matang.
Patutlah jenuh Raudhah dan Umairah nak jaga anak lelakinya ni.
Ketika mendengar teguran Puan Sri Kinan, masing-masing menutup mulut. Tetapi tidak dengan tatapan mata. Mereka saling berbalas pandangan.
"Kenapa ni?" Turun daripada anak tangga, anak mata terus memandang ke arah tiga kelibat. Berkerut-kerut dahi wanita itu apabila melihat suami, Ziyad dan ibu mentuanya. Dah kenapa berkumpul macam ada mesyuarat agung?
"Tengok hah ni laki kamu ni. Tak matang-matang langsung. Pasal berat dan tinggi pun jadi isu nak gaduh," adu si ibu.
Mendengarkan hal itu, Raudhah jadi kaku. Mata memandang silih berganti wajah yang tampan dan sedikit mirip. Yalah, mirip tu pasti iya. Dah namanya adik beradik.
"Kenapa tak bersiap lagi?" Nadanya sedikit keras. Jam sudah menunjukkan jam lapan pagi tapi Zayran masih lagi berpakaian santai. Katanya nak masuk pejabat, tapi kenapa tak pakai kemeja?
"Entah dia ni, asyik tenung kemeja dia." Puan Sri Kinan menyampuk. Padahal banyak lagi kut kemeja yang ada di dalam almari.
"Bukan macam tu..." Zayran cuba menafikan.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...