TSB | 45

10.7K 461 6
                                    

"SAYA nak bercerai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA nak bercerai."

Ringkas saja pernyataan yang keluar daripada mulut isterinya. Pantas, Tan Sri Sufyan mengalihkan pandangan ke arah Puan Sri Kinan. Ruangan jadi senyap meskipun hanya mereka berdua di dalam ruang itu.

"Saya nak bercerai, Sufyan." Sekali lagi Puan Sri Kinan mengujarkan kata-kata itu. Sudah bertahun-tahun dia pendam. Sudah bertahun-tahun dia bersabar. Dan tiba masanya untuk dia melepaskan diri.

"Kinan..." Tan Sri Sufyan tidak melepaskan pandangan dari wajah itu. Wajah yang pernah ceria. Wajah yang pernah tersenyum riang.

"Saya dah lama bertahan, Sufyan. Kali ni saya tak boleh tahan lagi. Siapa saya bagi awak sebenarnya hah?" Sinis nada suaranya. Sebelum ini dia cuma mendiamkan diri tetapi sekali bersuara. Jangan ingat dia akan mampu bersabar.

Mendengarkan itu, Tan Sri Sufyan mengetap bibirnya dengan rapat. Bila mendengar kata-kata itu keluar daripada mulut isterinya, tidak terlintas dalam fikiran lelaki itu untuk mengalihkan tatapan mata.

"Jangan seksa saya dan anak-anak," ucap wanita itu. Serius. Tidak ada secalit senyuman yang terpamer dari wajah itu. Yang ada hanya ketegangan.

"Tak. Aku takkan lepaskan kau."

"Sudahlah. Lepaskan je lah saya, Sufyan. Walaupun duduk di rumah ni, saya tak ada apa-apa untuk awak. Awak lebih suka duduk dekat pejabat tu dan buat kerja awak, kan? Jadi, apa gunanya hidup berkeluarga? Awak cuma nak bazirkan duit awak untuk bayar nafkah? Begitu?"

Meski kata-katanya agak kasar tetapi bukan bermakna dia harus menderhakai lelaki itu. Bila sudah bertahun-tahun dia menahan diri, patutkah dia tahan lagi? Tidak. Dia hanya mengorbankan kebahagiaan yang sudah lama hilang.

"Anak awak jalani pembedahan. Awak kemana?" Puan Sri Kinan mempersoalkan hal itu. Pernahkah lelaki itu menanyakan tentang khabar anak lelaki mereka sedangkan Zayran sedaya upaya untuk menjalani kehidupan seperti orang normal sebelum ini?

"Saya tanya, Sufyan. Awak kemana? Zayran bukan anak saya seorang. Tapi anak kita berdua. Awak dah lupa ke apa yang awak buat dekat anak tu? Bukan setakat Zayran... tapi Ziyad dan Zahirah. Awak tak rasa bersalah ke?"

Sesaat, Tan Sri Sufyan terdiam. Memandang dalam anak mata isterinya, dia jelas melihat apa yang terbuku dalam isi hati wanita itu.

"Aku minta maaf..." Lelaki itu membisikkan kata-katanya menyebabkan Puan Sri Kinan berdiri tegak di hadapan.

"Aku minta maaf, Kinan." Nadanya seolah-olah memujuk. Menghampiri tubuh isterinya, namun Puan Sri Kinan selangkah berundur.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now