TSB | 39

9.7K 476 7
                                    

"AWAK nak tidur?" Soalnya sebaik sahaja masuk dalam ruangan bilik itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AWAK nak tidur?" Soalnya sebaik sahaja masuk dalam ruangan bilik itu. Ekor mata segera memandang suaminya yang sedang duduk di atas katil sambil membaca buku dengan tangan menyentuh tulisan Braille. Itu sajalah rutin Zayran memandangkan dia tidak lagi bekerja di pejabat seperti biasa.

"Belum."

"Kenapa belum?"

"Abang tunggu awak." Penuh manis kata-kata itu menyebabkan Raudhah menggigit bahagian bawah bibirnya. Zayran tunggu dia?

"Tak payah tunggu pun tak apa."

"Kenapa? Tak sopan kalau abang tidur dulu sedangkan isteri masih bangun."

Nafas dihembus berat. Perlahan-lahan kaki melangkah menghampiri suaminya meskipun langkah itu terasa berat.

"Nak peluk..." Raudhah cebikkan bibir mungilnya. Kaki memanjat katil sambil dia merangkak menghampiri Zayran. Entahlah apa rahsia Zayran sampai dapat kekalkan bentuk tubuhnya yang ideal itu.

"Kenapa?" Sekali lagi Zayran menyoal. Hairan bila isterinya yang selalu kelihatan tegas, kini mula menunjukkan sikap manja.

"Saja nak peluk. Salah ke? Awak boleh peluk saya, takkan saya tak boleh?" Pelukan makin erat. Wajah disembamkan di atas dada suaminya hingga kedengaran rentak degupan jantung lelaki itu.

"Tak. Abang saja tanya, sebenarnya abang suka." Dia sengih. Suami manalah tak suka bila isteri tiba-tiba memeluknya. Tak payah minta pun, terus dapat!

"Eeee, miang."

"Miang dengan isteri je sayang..."

Wajahnya kembali panas membahang. Zayran tidak pernah gagal membuatkan hatinya berdebar.

"Tok! Tok! Assalamualaikum!" Pintu kamar diketuk kuat menyebabkan Raudhah dan Zayran sama-sama terkejut.

"Aqqim nak masuk, boleh?!" Suara Haqqim bergema di sebalik pintu kamar. Pantas, Zayran menghela nafas panjang. Masa-masa itu juga, si kecil tu nak kacau!

"Masuklah!" Sahut Raudhah. Pelukan tadi serta merta dileraikan. Tak usah cakap betapa kecewanya Zayran bila isterinya melepaskan pelukan tadi. Bukan selalu Raudhah nak tunjuk manja.

"Mama!" Pintu kamar ditolak kuat, pantas kaki kecil Haqqim berlari menghampiri mamanya hingga terdorong tubuh kecil Raudhah disebabkan tolakan tubuh Haqqim.

"Belum tidur lagi ke?"

"Belum."

"Kenapa tak tidur?"

"Nak tidur dengan mama papa boleh?" Anak matanya berbinar-binar meminta izin. Sebelum ini, Haqqim tidur di dalam ruangan berasingan. Tapi entah kali ini angin Haqqim nak tidur dengan mama dan papanya.

Saat mendengar permintaannya Haqqim, Raudhah kerling wajah suaminya.

"Boleh..." Zayran segera mengangguk.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now