"KAHWIN?"
Membuntang anak mata Makcik Kalsom saat mendengar. Tak semena-mena rahangnya hampir jatuh akibat terkejut dengan ayat yang baru saja diujarkan oleh Zayran.
"Ya, saya nak kahwin dengan Raudhah." Ringkas tetapi memberi maksud yang mendalam. Kepala Makcik Kalsom laju menggeleng menandakan dia tidak percaya dengan kata-kata itu.
"Tak, saya tak benarkan." Makcik Kalsom berkeras menentang. Terimbas semula bagaimana Zayran menyindir dan meletakkan rasa benci kepada Raudhah.
"Saya tak benarkan Tuan kahwini Raudhah. Saya tahu Tuan tak cintakan Raudhah, Tuan nak kahwin dengan dia? Tak..."
"Makcik, saya yang jaga Raudhah. Makcik sendiri nampakkan macam mana keadaan Ainul Sumayyah beberapa hari yang lepas? Raudhah dengan Areesa bergaduh sebab makcik mula pilih kasih... Makcik rasa kalau Raudhah tetap ada dekat sini, makcik ingat Areesa tu okey ke?" Zayran memandang wajah wanita separuh usia itu. Takkan wanita itu tidak tahu bagaimana keadaan sekarang?
"Saya tahu. Tapi perlu ke sampai kahwin dengan Raudhah? Tuan tak suka dia, Tuan-"
"Memang saya tak suka dia tapi saya taknak kehadiran perempuan tu buat Rose menderita lagi." Pintas Zayran lebih laju. Memikirkan saja bagaimana keadaan Rose semasa mengandung dulu, hatinya sakit.
"Kalau Rose tahu, Tuan rasa dia bagi ke?" Makcik Kalsom bertanya lagi.
"Saya tahu apa yang saya nak buat." Dengan yakin, Zayran mengatakan itu. Makcik Kalsom kembali terdiam, entah mengapa dia gerun bila melihat anak mata lelaki itu.
Zayran bukan lelaki yang melakukan hal yang kejam. Tidak, lelaki itu baik.
"Cukuplah... Dia pun manusia, kalau Tuan marahkan sangat dia... Janganlah sampai bagi dia keluar dari Ainul Sumayyah, dia ada anak..."
"Makcik..." Zayran kembali berdiri tegak di hadapan Makcik Kalsom. Riak wajahnya berubah begitu serius saat wanita itu berusaha untuk mempertahankan Raudhah.
"Makcik, makcik sedar tak makcik dah berubah," ujar lelaki itu menyebabkan Makcik Kalsom kehilangan kata. Berubah?
"Makcik banyak berubah. Makcik lebihkan perempuan tu berbanding dengan yang lain. Tahu tak macam mana perasaan mereka bila makcik buat macam ni, makcik kata makcik sayang semua tapi... Kenapa ada berkecil hati dengan sikap makcik?"
Makcik Kalsom sekali lagi tergamam. Apa yang dilakukan akhir-akhir ini sememangnya menimbulkan perasaan pilih kasih kepada yang lain. Semuanya sebab Raudhah...
"Sebab itu saya tawarkan diri untuk buat semua ni. Lagipula umur saya dah sesuai untuk berkahwin, dan Raudhah juga bukan wanita bawah umur. Saya cuma nak tolong... Saya taknak isu ni semakin besar di dalam Ainul Sumayyah hanya disebabkan ini." Tegas Zayran. Benar-benar serius dengan ujarannya.
"Tapi Tuan tak suka dengan dia." Kerisauan Makcik Kalsom masih tersisa di dalam hati. Masih diingat lagi kata-kata Zayran kepada Raudhah menyebabkan hatinya itu terhiris. Bolehkah dia melepaskan Raudhah kepada lelaki itu?
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...