DEGUPAN jantungnya semakin laju, hatinya tidak kuat untuk berhadapan dengan situasi sekarang. Melihat penampilannya yang sederhana dengan memakai baju kurung putih susu, Raudhah tidak dapat mengukirkan senyuman.
Perlukah untuk dia bahagia saat ini?
Hanya dengan sekali lafaz, dia sah menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang tidak pernah meletakkan rasa cinta kepadanya. Harapan? Tidak... Raudhah tidak kesah kerana sejak awal perkahwinan ini juga bukan atas dasar cinta.
"Dorang dah balik," kata Zayran sebaik saja masuk ke dalam ruangan bilik itu. Tatkala ekor mata beralih ke arah figura seorang lelaki yang masih lengkap berpakaian baju Melayu, Raudhah menundukkan sedikit kepala.
Segan.
"Apa je kau cakap dengan dia orang?" Zayran berdiri tegak memandang isterinya. Sebelum terjadinya pernikahan, Dato Azhar dan Datin Bashirah setuju untuk menghadiri sebagai orang tua Raudhah.
Tapi sama saja, Dato Azhar dan Datin Bashirah langsung tidak mengendahkan keberadaan anak perempuan mereka. Bahkan untuk menggendong cucu sendiri juga tidak ingin.
"Saya tak ada cakap apa-apa..." Lirih suara Raudhah tika itu. Mengenang pertemuannya dengan Dato Azhar dan Datin Bashirah, dia hanya mampu tersenyum hambar.
Cara layanan mereka sudah berbeza. Pandang anak sendiri saja sudah terlihat keji, apatah lagi ingin menyayangi.
"Semua dah selesai. Lusa, keluar daripada Ainul Sumayyah dan tinggal dengan aku..." Tegasnya.
Raudhah diam dan angguk. Bukankah memang ini yang ditetapkan pada mulanya? Zayran berkahwin dengan perempuan jahat seperti dia, hanya untuk keluar daripada Ainul Sumayyah.
"Rose dah tahu ke pasal ni?"
"Tunggu dia balik, baru aku bagitahu semuanya." Zayran menjawab dingin. Sejak tadi, memang tidak ada senyuman yang terpamer dari wajah itu. Pasti lelaki itu tidak sudi ingin menjadikannya sebagai isteri.
Ya, memang tak sudi langsung.
"Saya minta maaf." Raudhah tunduk sekali lagi. Air mata cuba menahan daripada merembes keluar kerana rasa bersalah.
"Ada ke aku suruh kau untuk minta maaf dengan aku?"
Raudhah menggeleng. "Saya tahu Tuan takkan terima maaf saya, tapi saya tetap akan ulang ayat ni bila-bila masa."
"But the words akan jadi tak ada makna kalau kau asyik cakap benda yang sama. Minta maaf berulang-ulang doesn't change everything sebab benda dah jadi. Then, you deserve it."
Hunusan demi hunusan terasa di dalam hati, Raudhah tetap diam tak berkutik. Bohonglah jika hatinya tidak menjerit saat ini. Pandangan itu, tatapan itu, jelas menunjukkan bahawa hinanya dia di depan suami sendiri.
"Saya janji saya takkan kacau Rose bahagia lagi."
"How can I believe you? Dengan muka polos kau, kau nak yakinkan aku... kau takkan kacau Rose lagi?"
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...