5 tahun kemudian,
"NUREEN!" Suara bergema buatkan Raudhah tak tenang. Usai melakukan tugasnya, terus dia berdiri sambil merenung susuk tubuh seorang wanita yang semakin laju menghampirinya. Air liur ditelan berkali-kali.
Tahulah dia apa yang nak jadi.
"Ada bawa sambal udang tak?" Mata Kak Hawa bersinar-sinar bila bercakap pasal sambal udang. Raudhah terkaku sejenak. Sambal udang?
"Sa-Sambal udang?" Terkebil-kebil mata Raudhah ketika melihat keterujaan Kak Hawa. Ingatkan nak kena marah, rupanya nak cakap pasal sambal udang.
"Ya, akak dengar sambal udang air tangan Nureen sedap. Jadi, akak pun nak merasa juga... Boleh, kan?"
Melihat reaksi rakan-rakan yang lain, Raudhah terus tersenyum tipis. Bukan apa, Kak Hawa ni selalunya pandai tiba-tiba melenting kalau emosi tak berapa elok. Tapi, kali ini nampak okey aje. Maksudnya, emosi dalam keadaan stabil kut?
"Oh... ada, Kak Hawa nak ke?" Soal Raudhah. Saja nak memancing Kak Hawa.
"Nak!" Kepala diangguk mengiyakan. Tanpa berlengah, Raudhah langsung mengeluarkan bekas makanan yang diisi dengan sambal udang. Hampir empat tahun, dia menjual sambal udang sehinggalah bekerja di sebuah hotel kecil.
Cukup bekerja sebagai peniaga kecil. Kini bekerja sebagai tukang cleaner di sebuah hotel kecil pun dah memadai untuk menampung kehidupannya sekarang.
"Terima kasih, hari ni kamu tak balik awal ke?" Kak Hawa menyoal lagi.
"Iya, anak saya balik awal hari ni. Kenapa kak?"
"Oh tak ada. Baguslah tu, kesian anak kamu kena tunggu lama... Kalau dah siap semua ni, bolehlah balik..."
Mendengarkan itu, lebar senyuman Raudhah yang terpapar jelas dari wajah jelitanya. Bukan senang nak dapat izin keluar awal dari majikan. Tapi, kalau dah kena bagi macam ni. Takkan nak sia-siakan?
"Baik, terima kasih!" Laju dia menundukkan kepala sebagai tanda penghargaan. Langkah Kak Hawa yang semakin menjauh justeru membuatkan hatinya melonjak gembira.
Gembira?! Oh, tipulah kalau tak gembira!
"Jadi, apalagi Reen... Baliklah..." kali ini giliran Nita pula bersuara.
"Tapi bilik 114 tak ke—"
"Aips! Hari ni kan Haqqim balik awal, takkan kau nak biarkan budak tu stay kat sekolah seorang-seorang? Tak kesian ke?" Nita mengerutkan dahi.
"Tapi..."
"No tapi... tapi... biarlah bilik tu aku yang kemas. Tapi kena ada syarat juga." Senyuman Nita makin melebar. Ingatkan dah ikhlas, rupanya siap ada syarat lagi.
"Apa dia?"
"Kena masakkan aku sambal udang banyak-banyak untuk stok makanan aku kat rumah. Boleh kan?" Gadis itu menyeringai. Ada juga terselit ketawa seakan-akan mahu mengusik Raudhah.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...