TSB | 31

14.1K 704 43
                                    

HAQQIM meneliti wajah itu dengan lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAQQIM meneliti wajah itu dengan lama. Tangan yang gebu masih mengenggam erat ayam gorengnya, sesekali dimakan juga. Tapi entah kenapa dia lagi suka tengok muka lelaki di hadapannya. Nampak macam pelakon.

"Aqqim... Aqqim..." Orked di sebelah mengoyangkan lengan Haqqim. Lama juga Haqqim mahu tersedar daripada termenung.

"Ya?"

"Kenapa engok Uncle?" Spontan Orked menyoal bila sedar teman bermainnya cuma memerhati uncle nya.

"Apa nama uncle ni?" Giliran Haqqim soal Orked. Di atas meja makan itu, hanya mereka berdua yang berbunyi membalas soalan demi soalan. Sementara orang dewasa, duduk sambil melayan gelagat anak-anak kecil mereka.

"Jayran..."

"Zayran, Orked..." Rose mencelah bila Orked selalu tersilap menyebut nama Zayran.

"Uncle Jay, mama..."

Rose diam lalu menghembuskan nafas.

"Yelah, uncle Jay..."

"Uncle Jay?" Haqqim pandang lagi. Namun saat itu, Raudhah yang memerhati Haqqim cuma diam. Dia tahu Haqqim mulai meletakkan rasa curiga bila melihatnya dengan Zayran. Ditambah lagi bila Zayran duduk bersebelahan dengannya.

Terasa seperti diawasi oleh dua lelaki.

"Bukan uncle Jay, Qim... Ni papa awak," beritahu Ammar menyebabkan dua wanita itu terpaku. Masing-masing pandang Ammar yang tak ada rasa bersalah berlangsung.

"Papa?" Wajah Haqqim makin berubah.

Sesaat itu, Zayran dapat menduga apa yang terjadi masih diam di posisi. Tidak tahu siapa yang ada di hadapan, mahupun belah kiri dan kanannya.

"Ada Haqqim ke?" Zayran soal sambil mengerling ke arah kirinya. Cuba menyoal Raudhah.

"Be-Betul ke uncle Papa Aqqim? Uncle ke papa Aqqim yang mama cakap tu? Papa tiri Aqqim?" Bertalu-talu soalan Haqqim tertuju pada Zayran. Wajah tak usah cakap, bibir tak henti-henti tersenyum suka.

"Haqqim..."

"Dari mana Haqqim tahu, uncle papa Haqqim?"

"Mama ada cakap, Aqqim ada papa tiri. Papa tiri sayangkan Aqqim... Aqqim teringin nak umpa papa tiri Aqqim..." Teruja nadanya kedengaran buatkan Zayran tersenyum. Dari nada saja, dia berasa lega hati.

"Betul ke? Kalau macam tu tak payah panggil uncle. Panggil papa, cukuplah..."

"Zayran..." Raudhah mula menyeru nama suaminya. Bibir diketap rapat bila suami dan anaknya sudah mula berbual antara satu sama lain.

"Eh boleh ke?" Haqqim angkat kening.

"Boleh... Kata mama, papa sayang Haqqim. Maksudnya sayanglah tu..."

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now