TIBA saja di rumah, kaki langsung diatur menuju ke kamar. Masuk saja kamar itu, suasana senyap semacam. Mana isterinya? Mata mula meliar melihat sekeliling, cuba mencari keberadaan Raudhah.
Beg plastik farmasi yang ada di dalam genggamannya diletakkan di atas katil. Vest yang dikenakan pada tubuh itu cuba ditanggalkan.
"Mandi kut..." Duga Zayran sambil berbisik. Tiga butang bahagian atas baju kemejanya dileraikan sebelum dia duduk di atas birai katil. Penatnya bukan main lagi bila sudah tidak merasakan seperti rutinnya dulu.
Lama dia menenangkan diri, tubuh kembali bangkit ke meja solek. Laci meja itu cuba ditarik hingga kedua anak matanya tertumpu ke arah satu benda.
"Apa ni?" Zayran berbisik sendiri sembari menatap botol di dalam laci tersebut. Kerutan di dahi makin kelihatan sebelum meraih botol itu.
Walau berkali-kali ditatap, bibirnya tidak dapat terungkap sepatah pun. Pil perancang?
"Tak cakap pun awal balik." Satu suara menyerbu pendengaran buatkan Zayran menolehkan kepala. Pandangannya jadi serius.
"Kenapa?" Raudhah menyoal bila melihat reaksi wajah suaminya terasa lain. Air liur diteguk payah.
"Awak mengandung?" Tanya Zayran tanpa basa-basi menyebabkan Raudhah tersenyum nipis.
"Tak. Saya tak mengandung."
"Are you sure?"
Kepala tetap diangguk. Tetapi riak wajah yang ada pada Zayran tidak terbit sama sekali senyuman. Kenapa?
"Jujur dengan abang, awak tak nak anak dengan abang?" Nadanya kedengaran halus tetapi ada sedikit kasar. Botol kecil yang dijumpainya tadi cuba disembunyikan di belakang tubuh itu.
"Zayran, kenapa awak tanya macam ni?"
"Just answer me. Awak pernah tak rasa nak ada anak dengan abang?"
Raudhah senyap. Tetapi mata tetap melirik ke arah lelaki itu. Entah kenapa hatinya terasa berdebar bila Zayran menanyakan soalan itu.
"Pernah."
"Jangan tipu abang, Raudhah." Lirih nada itu. Satu tangannya dikepal erat untuk menahan rasa sakit di hati. Sempat dia mengerling ke arah beg plastik farmasi tadi. Apa guna dia beria mahu membelikan alat itu tetapi isterinya pula bertindak seperti tidak ingin perkara itu berlaku.
"Zayran..." Langkahnya cuba mendekat. Namun seketika terhenti bila sedar beg plastik yang terletak di atas katil.
"Awak..."
"Ibu minta abang belikan, tapi bila abang dengar awak cakap macam ni. Abang rasa sia-sia je abang beli tu..."
"Zay-"
"Kenapa tak bagitau abang? Kenapa tak bagitau awak ambil pil perancang? Kalau iya pun tak nak anak, at least kita bincang. Bukan rahsiakan macam ni," tutur lelaki itu sedikit geram. Suami mana yang tak sakit hati bila isteri buat keputusan untuk merahsiakan?
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢
Romance𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dipendam, akhirnya terkubur. Raudhah merelakan lelaki yang dicintai bahagia bersama teman baiknya, Rose...