TSB | 55

10.8K 416 9
                                    

SATU persatu album dibelek olehnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU persatu album dibelek olehnya. Ketika sibuk menolong Mak Yun mengemas ruang stor di bawah, harta kenangan dulu terus diambil olehnya. Yalah, bukan selalu dapat tengok kenangan-kenangan Zayran masa kecil dulu.

"Tengok apa?" Tegur Puan Sri Kinan sebaik saja keluar dari ruang kamar. Pada masa yang sama, kelibat Tan Sri Sufyan juga kelihatan. Bila lelaki itu sudah meletakkan jawatan di syarikat, sekarang Tan Sri Sufyan sering dilihat di dalam rumah.

Cumanya, lelaki itu selalu nampak serius dan jarang sekali bercakap. Kalau ada, benda penting aje.

"Mak Yun jumpa album ni dekat stor."

"Lah yeke? Puas ibu cari sebelum-sebelum ni, rupanya ada dekat stor." Wanita itu menghela nafas panjang. Punyalah bertahun-tahun dia berhempas pulas untuk mencari semula album-album lama. Haih...

"Nak tengok?" Raudhah mula mempelawa. Dengan rasa teruja, perlahan-lahan album itu dibuka hingga terpapar wajah kanak-kanak dengan foto lama. Seketika dia terpaku bersama ekor mata memandang ke arah satu tempat.

"Ni siapa?" Tanyanya sambil menunjukkan susuk itu dengan jari telunjuknya.

"Yang mana? Yang ni ke?"

Raudhah angguk kepala.

"Zayran. Kenapa?"

"Z-Zayran?" Disoal kembali. Tapi kali ini anak matanya melirik ke arah wajah Puan Sri Kinan. Mahukan kepastian.

"Ya, betullah." Sekali lagi wanita itu mengiyakan hingga kepala diangguk berulang-ulang kali. Dia masih ingat bagaimana wajah anak-anaknya suatu ketika dulu. Jadi tak mungkin dia lupa.

Sementara, Raudhah terus membisu. Ekor mata tidak dapat melepaskan pandangan daripada menatap wajah kanak-kanak lelaki itu. Kenapa ya? Kenapa wajah itu seperti pernah dilihat olehnya?

"Kenapa? Ada masalah ke?"

Lekas-lekas Raudhah menggelengkan kepala. "Tak adalah."

"Kenapa kamu nampak terkejut lepas tengok gambar tu? Pernah kenal?"

"Taklah." Sekali lagi dia nafikan. Mungkin ingatannya sudah kabur. Lagipula kejadian itu sudah berlaku bertahun-tahun lepas lamanya. Jadi tidak mungkin mereka akan bertemu lagi.

Dan mungkin saja kanak-kanak lelaki itu sudah melupakannya.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now