TSB | 53

10K 467 31
                                    

"MANA Raudhah?" Soal Puan Sri Kinan bila melihat anak lelakinya keluar daripada bilik tanpa kelibat menantunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MANA Raudhah?" Soal Puan Sri Kinan bila melihat anak lelakinya keluar daripada bilik tanpa kelibat menantunya. Dua tiga hari ini, dia sedar hubungan antara Raudhah dan Zayran sedikit berbeza. Masih bergaduhkah?

"Ada kat dalam bilik."

"Kenapa tak turun dengan dia sekali?" Wanita itu mengerutkan dahi. Dulu bukan main melekat sentiasa, tapi selepas bergaduh. Macam-macam reaksi ditunjukkan. Zayran pun apalagi, ego masih nak dilayan.

"Kejap lagi dia turun." Zayran membalas santai. Melihat tingkah anak lelakinya, laju saja Puan Sri Kinan menghela nafas panjang.

"Zayran..." Nama itu disebut.

"Ibu sebenarnya tak nak masuk campur urusan rumah tangga ni, tapi bila tengok perangai kamu ni. Ibu rasa nak ketuk je... Kamu tau tak Raudhah tu tak dapat tidur malam lepas kamu berdua bergaduh? Ingat dia tu suka ke nak gaduh dengan kamu? Tak, tak ada isteri yang suka bergaduh dengan suami. Jadi, kalau dah tau isteri macam tu. Turunkan sikit ego kamu tu... Perempuan ni nampak je kasar tapi bila namanya perempuan, hati tu lembut sangat. Lagi-lagi bila suami yang marah. Air mata pun boleh menitis." Nasihat Puan Sri Kinan panjang lebar. Geram sebenarnya bila melihat sikap anak lelakinya.

Tapi apalah daya, memang hidup berumah tangga tentu ada gaduhnya. Mustahil takkan ada yang bergaduh. Sedangkan dia dan suaminya juga pernah bertengkar hebat.

"Zay bukan marah. Zay cuma kecewa."

"Kecewa tu iya. Ibu tau... Tapi cuba faham apa yang Raudhah rasa. Kalau dia mengandung, banyak tau benda yang dia kena korbankan. Masa, tenaga, kesihatan, semua itu dia terpaksa berkorban. Bukan setakat bawa anak kamu dalam perut selama sembilan bulan."

Zayran terpaku sejenak sambil mendengar segala leteran ibunya. Entah kenapa dia sendiri terlalu mengagung-agungkan rasa kecewanya itu hingga sanggup meninggikan rasa ego dalam diri.

"Mak Yun, tolong panggil Raudhah makan dulu." Arah Puan Sri Kinan sambil mengerling ke arah Mak Yun. Risau aje Raudhah masih terbawa-bawa dengan perasaan. Sudahnya beberapa hari ni tak tidur nyenyak.

Mendengarkan itu, Mak Yun segera mengangguk. Langkah diatur terus menuju ke kamar yang berada di aras satu. Selangkah demi selangkah maju hingga berdiri di hadapan pintu.

"Raudhah, jom makan," panggil Mak Yun. Pintu kamar diketuk berkali-kali. Tidak sampai seminit, daun pintu itu dikuak sedikit hingga tersembul wajah pucat di hadapannya.

"Kamu okey tak ni?" Soal Mak Yun. Risau.

Muka pucat. Tubuh pun nampak tak bermaya.

"O-Okey..."

"Habistu kenapa pucat ni? Mari kita makan kat bawah dulu."

Namun ajakan itu membuatkan Raudhah menggelengkan kepala. Tangan perlahan-lahan disentuh.

"Tak apalah. Saya tak ada selera nak makan."

"Eh jangan, muka pucat macam ni. Kena makan."

Raudhah tetap tersenyum nipis. Kepala tetap digeleng untuk menunjukkan betapa kuat pendiriannya. Lagipula awal pagi tekak mula rasa loya sampaikan tak ada selera makan. Nak hidu bau makan pun, dia tak sanggup.

𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐢𝐝𝐚𝐝𝐚𝐫𝐢Where stories live. Discover now