Sequel Riverhawks High School (Ariq version)
Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?
Ikhwan mengekori Ariq yang menuju ke arah loker. Loker mereka terletak di lorong sebelah kelas Aster. Ikhwan bersandar di loker. Ariq membuka lokernya dengan kata laluan.
"Weh, tak apa ke kita tak bagitahu Mika tadi?" Soal Ikhwan.
"Yang kau nak risau sangat pahal? Itu urusan Mika dengan Afif. Pandai la Afif settle sendiri."
"Tapi kau tak rasa bersalah ke dengan Mika? Aku kesian doe tengok muka dia tadi. Dengan Haz boleh cakap macam tu pulak."
Ariq mengambil buku dari dalam loker. Matanya kini fokus ke arah Ikhwan.
"Kalau kau kesian sangat kat Mika tu, kau pergi la bagitahu dia. Lepas tu, kau jawab sendiri dengan Afif. Sorry, kali ni aku memang takkan masuk campur."
Ariq menutup pintu loker lalu berlalu dari situ. Ikhwan tercengang.
Macam tu je?
"Riq, takkan la?"
Aduh! Aku dah la duduk sebelah dia.
Ariq mendahului masuk ke kelas di ikuti oleh Ikhwan di belakang. Ikhwan cuma beriak biasa sambil duduk di sebelah Mikayla. Ariq tak payah cakap la, riak muka memang biasa je.
Sejak kejadian tadi, Naz sudah tidak kelihatan di mana-mana. Dah keluar sekolah agaknya. (Boleh refer Riverhawks High School bab 22)
Suasana tiba-tiba berubah kekok antara mereka bertiga. Masing-masing hanya mendiamkan diri sampai la cikgu masuk untuk sesi pembelajaran seterusnya.
Kringg!!
Loceng berbunyi menandakan sesi persekolahan pada hari itu tamat. Ariq segera mengemas barangnya. Sebaik saja selesai mengemas, dia berlalu.
"Weh Riq, mana? Cepatnya?" Ikhwan menyoal.
"Aku nak cari bidadari aku!"
Sesudah mengucapkan kata-kata itu Ariq terus lenyap. Ikhwan pelik.
Bidadari? Gila ke apa dia ni?
Setelah mengemas begnya, Ikhwan turut keluar dari kelas meninggalkan Mikayla berseorangan. Bukan dia tak sampai hati tapi untuk sementara ini biar la dulu.
Mikayla hanya mampu melihat Ikhwan yang sudah keluar dari kelas itu. Dia sangat terasa dengan Ariq, Ikhwan, Hazran. Afif terutamanya. Thunder buat dia ni macam tak ada perasaan je.
Ikhwan berlalu ke kelas sebelah. Kelas itu sudah kosong. Hanya tinggal gengnya saja di situ kecuali Ariq yang awal-awal sudah menghilangkan diri.
"Kau seorang je? Ariq mana?" Soal Syahril.
"Entah, dia kata dia nak cari bidadari dia." Jawab Ikhwan.
Masing-masing mengerutkan dahi. Bidadari? Sejak bila pula Ariq ada bidadari ni?
Telefon bimbit Ariq berbunyi tanda ada notifikasi yang masuk ketika dia baru saja menghidupkan enjin kereta. Dia menarik keluar telefon bimbitnya lalu bersandar ke kerusi terlebih dulu. Pesanan dari Mika itu ditenung lama oleh Ariq.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.