[36] Hilang

132 1 0
                                    

Afif dan Mikayla sudah menggeleng- geleng melihat Ariq yang tertunduk di depan mereka. Puas Afif menceramah kan Ariq tadi, tidak. Masih tidak puas sebenarnya. Masih banyak yang Afif mahu keluarkan.

"Kau sebenarnya kenapa ha, Riq? Aku tanya daripada tadi tau? Kau langsung tak nak jawab. Cerita dengan aku, apa dah jadi? Kenapa Izy sampai lari dari rumah? Kau buat apa dekat dia?"

Ariq mengurut batang hidungnya sambil menarik nafas dalam.

"Aku terlepas cakap dengan dia, Fif!"

"Terlepas cakap? Damn, Ariq! Berapa kali kau nak ulang benda yang sama ek? Kau- Argh, sumpah aku tak faham dengan kau doe!"

Ariq kembali membisu.

"Kau dah call dia belum?"

"Dia tak bawa phone. Aku call Hanan pun tak dapat,"

"Lepas tu kau tak nak cari dia? Pergi rumah Hanan ke?"

"Aku tak larat nak drive jauh-jauh, Fif. Fizikal aku lemah lagi,"

Afif diam. Dia faham keadaan Ariq sekarang yang baru saja keluar dari hospital kerana alergi.

"Dah tu, kau cari pasal kenapa?" Afif fed up.

"Afif, sabar!" Mikayla menenangkan.

Afif mengucap perlahan.

"Aku dah cakap aku terlepas, Fif. Apa yang kau tak faham? Aku ni bukan manusia ke? Aku tak boleh buat silap?"

"Masalahnya, ini bukan sekali dua kau buat benda yang sama. Kau cakap dengan aku, berapa kali kau dah sakit kan dia? Banyak kali, Ariq!"

Ariq menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia benar-benar stress saat ini. Mama belum tahu lagi tentang perkara ini. Kalau mama tahu, habis la dia.

"Don't make her look dumb for loving you. Slowly accepting the fact that life doesn't always go the way you want,"

Ariq tertampar dengan kata-kata Afif itu. Dia menyesal, sungguh menyesal atas keterlanjuran katanya kepada Izy tadi.

"Bangun, aku bawa kau cari Izy."

Tanpa banyak soal, Ariq bangun dari duduknya diikuti oleh Afif. Ariq keluar dulu ke kereta.

"Mika, saya hantar awak balik dulu."

"Tak apa, saya dah call Fie. Kejap lagi dia datang ambil saya. Awak pergi la bawa Ariq tu."

"Saya tinggal tak apa kan?"

"Iya, take care."

Afif balas mengangguk. Dia keluar dan menuju ke keretanya. Ariq ketika itu sibuk dengan telefonnya. Mungkin menelefon Hanan.

"Dapat?"

Ariq menggeleng. Sudah naik kebas tangannya dari tadi mendail nombor Hanan. Satu pun tidak dijawab malah di reject panggilannya.

Aku tahu kau marah aku, Hanan. Tapi tolong bagitahu aku pasal Izy. Aku nak tahu dia kat mana sekarang. Tolong la!

Afif membiarkan Ariq sibuk dengan halnya. Dia mula memandu dengan senyap. Tujuan pertama mereka ialah Akasia. Satu jam lebih baru la mereka tiba di depan rumah sewa Hanan. Hari itu jalan agak sesak kerana itu mereka tiba lambat.

Ariq cepat keluar dari kereta tanpa sempat Afif nak parking. Loceng di tekan sambil mulutnya tidak henti memberi salam. Tiada sahutan dari dalam. Kereta Hanan juga tiada.

"How?" Tanya Afif yang baru keluar dari kereta.

"Tak ada,"

Lelaki itu kembali menarik keluar telefon bimbit dari poket seluar. Dia menelefon Hanan kembali. Masih tak jawab. Ariq rasa macam nak hempas saja telefon itu ke lantai dek kerana terlalu geram.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now