[54] A & A

52 2 0
                                    

Setelah sebulan lebih tidak bertemu, ini pertama kali Zaqif dan Aleesya kembali berjumpa. Itu pun selepas gadis itu yang meminta untuk jumpa selepas Zaqif memberi chat singkat yang menyuruh Aleesya bersama dengan Aqmal.

"Apa awak buat ni, Zaqif?"

Terangkat sebelah kening Zaqif.

"Saya buat apa?"

"Siapa awak nak tentukan jodoh saya? Kenapa awak suruh saya kahwin dengan kawan awak?"

Zaqif tersenyum sinis.

"Dan siapa awak nak tentukan jodoh saya jugak? Apa hak awak suruh saya kahwin dengan kakak awak?"

Aleesya terdiam.

"Kalau awak boleh paksa saya kahwin dengan kakak awak, kenapa saya tak boleh, Esya?"

"Awak gila, Zaqif!"

"Awak lagi gila, Esya. Kalau awak tak usulkan saya kahwin dengan kakak awak, kita takkan jadi macam ni!"

Aleesya membetulkan rambutnya yang ditiup angin.

"Tapi kenapa mesti Aqmal?"

"Habis tu awak nak siapa? Shamim? Fahim? Faiq? Just name it, saya boleh suruh diorang masuk meminang awak sekarang jugak!"

"You know that's not what I mean!"

Ya, Zaqif tahu.

"Saya cuma tak rela nak lepaskan awak untuk lelaki lain, Esya. At least kalau awak dengan salah seorang dari diorang, saya masih boleh pantau awak."

"Kalau saya setuju, Aqmal setuju ke?"

Zaqif tiada jawapan untuk itu. Aqmal saat ini masih belum membalas chat atau menjawab telefonnya. Lelaki itu masih mendiamkannya.

"Mesti la dia tak setuju kan? Sebab setiap kali korang lepak dulu, awak selalu bawa saya dan kita dah macam kawan-kawan. Tak mungkin la dia nak kahwin dengan ex kawan baik dia sendiri kan?"

Zaqif diam. Tapi bukan memikirkan kata-kata Aleesya itu. Dia masih fikir, entah betul ke tidak apa yang Aqmal taip hari tu. Betul ke dia dah tak nak balik lagi?

"Ex ea?" Zaqif tersenyum hambar.

Perkataan itu yang paling dia tidak terduga akan keluar dari mulut Esya. Sudah tujuh tahun bersama dan akhir nya menjadi 'ex'. Lebih teruk lagi dia akan jadi abang ipar Aleesya. Korang boleh brain tak benda tu? Sakit, doe!

Aqmal yang sedang belajar saat itu tiba-tiba menghentikan kerjanya. Dia mengambil phone di depannya lalu membuat sesuatu di telefonnya. Ya, dia buat group chat baru di aplikasi ws yang hanya berisikan Ariq, Syahril dan juga Afif saja.

Laptop di depannya ditutup, buku- buku juga dibiarkan begitu saja. Dia dah tiada mood untuk belajar. Dia berjalan ke arah katil. Jam kini sudah menunjukkan hampir pukul 9 malam yang bermakna di Malaysia baru saja hampir pukul 6 petang.

Tidak perlu menunggu kerana Ariq, Afif dan Syahril memang jenis fast response.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now