[1] Pertemuan

334 2 0
                                    

Ariq menyangkut tali beg sekolahnya di sebelah bahu kanan sebelum menutup pintu kereta. Dia berjalan ke pintu utama rumahnya lalu dengan langkah longlai melangkah masuk.

Orang kata rumah itu ibarat syurga. Tetapi bagi Ariq, rumah itu ibarat neraka dunia. Dia tidak tahu erti 'rumah' yang sesungguhnya. Tak tahu kenapa, setiap kali dia mahu pulang ke rumah itu hatinya terasa berat dan malas. Seolah definisi 'pulang' itu rumah bukan la tujuannya.

"Lambat lagi balik hari ni? Pergi mana?"

Ariq menoleh dengan malas ke arah suara yang menegur. Siapa lagi kalau bukan Puan Sara, mamanya?

"Mama peduli apa pun mana Ariq pergi kan?"

"Ariq, mama tanya baik-baik ni. Cuba jawab baik-baik jugak."

Ariq lepas nafas perlahan.

"Keluar dengan kawan tadi."

"Selalu sangat keluar dengan kawan. Tak boleh ke kalau balik sekolah je terus balik rumah?"

Ariq tersenyum nipis.

"Balik rumah? Ini rumah ke?"

Terdiam Puan Sara mendengar soalan sarkastik dari anak tunggalnya itu.

"Mama nak Ariq buat apa balik rumah awal-awal? Nak Ariq mengadap dinding? Bercakap dengan sofa? Meja?"

"Ariq!" Wajah Puan Sara memerah menahan amarah.

"Ma, stop it la. Jangan ambil kisah dah pasal Ariq, buat macam yang selalu mama buat dulu. Mama bukannya selalu ada dekat rumah. Ariq dah biasa la hidup tak ada mama, tak ada papa. Ariq ada mama pun still Ariq rasa hidup seorang-seorang. So stop berlakon seolah-olah mama peduli pasal Ariq. Jujur, Ariq muak ma!"

"Jadi sekarang ni Ariq nak salahkan mama la atas apa yang dah jadi pada keluarga kita?"

"Habis tu nak salahkan siapa lagi? Papa? Ariq? Bukan dah terang ke, ma?"

Puan Sara kembali terdiam.

"Kalau mama tak curang, papa takkan ceraikan mama dan Ariq takkan hidup macam ni la!"

Puan Sara masih tidak mampu untuk berkata-kata.

"Sekarang ni papa dah bahagia dengan keluarga baru dia? Ariq? Mama tengok la apa yang dah jadi pada Ariq. Papa langsung dah tak pedulikan Ariq, ma. Itu semua sebab siapa? Sebab mama!"

"Ya, Ariq. Memang salah mama, now Ariq pun nak tinggalkan mama ke? Ariq nak pergi dekat papa Ariq? Ha, pergi la. Pergi, biar mama seorang- seorang je."

Ariq tersenyum sinis.

"Lepas papa dah lupakan Ariq baru mama nak cakap macam ni? Apa gunanya lagi? Hakikatnya, mama memang seorang-seorang, ma. Ariq ada dalam rumah ni pun mana pernah mama ambil kisah. Ariq sakit ke, Ariq dah makan ke, ada mama tanya ke? Mama buat rumah ni macam hotel je, keluar masuk sesuka hati mama. 7 tahun, ma. 7 tahun Ariq hidup macam ni. Mama ingat Ariq tak penat ke?" Suara Ariq naik seoktaf.

Puan Sara kembali membisu. Mungkin sudah lama anaknya itu memendam rasa. Hari ini, terluah semua apa yang terbuku di hatinya.

"Ikutkan hati Ariq ni, dah lama Ariq keluar dari tempat ni, tempat yang tak layak disebut sebagai rumah. Tapi Ariq masih ingat pesan arwah atuk. Arwah atuk cakap, mama cuma ada Ariq. Sebab tu Ariq cuba bertahan sebab Ariq pun cuma ada mama je. Tapi makin lama mama makin tak pedulikan Ariq. Mama masih sibuk dengan social life mama. Mama nak Ariq buat apa lagi, ma? Ariq wujud ke tak di mata mama selama ni?"

Puan Sara terkedu bila air mata anak nya itu mengalir.

"Kalau mama terus hidup dengan cara macam ni, jangan tanya kenapa kalau Ariq betul-betul keluar dari rumah ni. Last chance, ma. After this, I just don't care anymore!"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now