[30] SPM

164 2 2
                                    

Peperiksaan SPM kini telah bermula sejak seminggu yang lalu. Hubungan Ariq dan Izy masih lagi seperti itu saja. Masing-masing dengan egonya. Mungkin kerana pengalaman hidup yang menyakitkan yang membuatkan hati mereka jadi keras.

"Kau dengan Ariq macam mana? Dah okey? Dia ada call kau?" Tanya Hanan.

Izy angkat bahu.

"Entah," Hanya itu jawapannya.

"Entah? Weh, selambanya kau cakap? Bukan lepas dia habis SPM korang terus nikah ke? Dah tak lama lagi kan? Habis tu sekarang macam mana?"

"Aku tak tahu, Han. Dia pun langsung tak contact aku sejak minggu lepas. Busy la tu dengan SPM, aku pun malas nak kacau dia. Biar la dia, kalau dia masih anggap aku ni wujud, dia cari la aku nanti."

"Pasrah betul ea ayat kau?"

Izy tersengih.

"Kalau dia pun fikir yang sama macam kau macam mana?"

"Fikir sama apa?"

"Kalau kau masih anggap dia wujud, kau akan cari dia."

Izy tiba-tiba kaku mendengar ayat itu. Hanan betul, Izy baru terfikir akan hal itu. Ya ea? Kalau Ariq pun fikir macam tu, macam mana?

"Tak mungkin la, dia mana kisah pun pasal aku."

"Ha, itu la kau. Suka sangat buruk sangka dengan orang. Hey, Ariq tu tunang kau tahu? Tak lama lagi bakal jadi suami kau. Kurang-kurangkan la sikit negative thinking kau tu,"

"Kau tahu tak sekarang ni, korang dua orang ni ego. Tak ada siapa yang betul tak ada siapa yang salah, dua-dua sama je," Sambung Hanan.

Izy mengangguk mengakui itu. Dia ego tapi dia rasa Ariq lagi ego.

"Kau nak tahu tak? Sebenarnya kad kahwin aku dah siap tau?"

"Seriously?" Hanan terkejut.

"Hm, mama yang uruskan semua. Aku rasa Ariq pun tak tahu pasal ni,"

"Mana? Ada dekat kau? Aku nak tengok?"

Izy mengambil telefon bimbitnya.

"Mama baru bagi contoh, belum print out lagi. Ni," Izy menunjukkan layar  telefon bimbitnya.

"Sapphire Hotel? Weh, tu hotel yang terbesar dekat Malaysia ni kan? Ada banyak branch dalam dan luar negara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sapphire Hotel? Weh, tu hotel yang terbesar dekat Malaysia ni kan? Ada banyak branch dalam dan luar negara. Seriously kau buat majlis dekat sana? Kaya betul keluarga Ariq."

"Han, bukan kaya lagi. Actually, hotel tu Ariq punya."

"What?"

Izy mengangguk meyakinkan Hanan yang buat muka tak percaya.

"Sapphire Hotel tu harta yang diwaris kan arwah atuk Ariq dekat dia. Jadi, sekarang ni hotel tu dah jadi hak milik Ariq sepenuhnya."

"Wow! Speechless aku,"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now