[23] Dipercepat

186 2 0
                                    

Pertunangan Ariq dan Izy yang awal nya selepas Ariq tamat peperiksaan SPM kini dipercepat hingga ke dua minggu dari sekarang. Semua ini juga atas permintaan Ariq sendiri. Semua orang bingung tapi, diikutkan saja.

"Asal kau nak cepatkan pertunangan kau dengan Izy?" Tanya Ikhwan.

"Wan, kenapa kau nak pertikaikan semua benda yang aku buat?"

Ikhwan terkejut. Dia menunjuk diri nya sendiri.

"Dengar aku macam pertikaikan ke? Aku tanya,"

Ariq meraup wajahnya.

"Sorry."

"Entah, lepas aku tengok apa yang family dia dah buat dekat dia, aku rasa aku nak kahwin dengan dia waktu tu jugak. Tapi aku tak boleh, target aku nak lepaskan SPM dulu. So, aku tunang la dulu. At least, aku ada sebab untuk jaga dia."

Itu la tekad Ariq. Dia tidak mahu Izy dipijak lagi oleh keluarganya sendiri. Cukup la dia tahu fakta dulu Raihanah pernah dihalau dari rumah. Dia tak mahu perkara yang sama terulang lagi kepada Izy.

"Rupanya family Izy pun sama jugak macam family kau kan? Rosak!"

"Tu la tu. Aku pun terkejut weh, masa datang rumah mak cik dia hari tu. Dia hampir je kena tampar dengan mak cik dia dan rupanya sebelum tu pun dia dah kena tampar dengan sepupu dia. Aku tak faham, doe. Serosak-rosak family aku pun, diorang tak pernah main tangan. Mulut diorang je la yang bisa, lidah lagi tajam dari pisau."

"Mak cik dia tu seorang je kan?"

"Hm. Seorang pun kalau sakit jiwa, kau tak boleh nak hadap jugak. Aku lagi, 2 orang, lama-lama aku yang sakit jiwa."

Ikhwan tergelak. Selamba je Ariq kata makcik-makcik dia sakit jiwa.




Dua minggu kemudian...

Hari pertunangan Ariq dan Izy akhir nya tiba. Mereka mengadakan majlis pertunangan itu di rumah keluarga Ariq. Awalnya mahu dibuat di rumah keluarga Hanan yang merupakan keluarga angkat Izy tapi di saat akhir, mereka ada kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Mereka juga minta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis itu.

Keluarga Izy sudah dijemput tapi satu orang pun tak nampak batang hidung nya. Biar la, nak datang, datang. Tak nak, sudah. Jangan sampai masa kata aku tak jemput pulak?

Majlis yang sederhana itu selesai selepas Puan Sara menyarung cincin ke jari manis Izy. Para tetamu juga saat ini sedang menjamu selera.

Izy saat ini sedang duduk sendirian. Tiada Hanan di sisi, tiada Ariq, tiada juga Puan Sara. Dia hanya sendiri.

Hanan ikut keluarganya pulang ke kampung kerana hal keluarga. Ariq saat ini sedang berkumpul bersama kawan-kawannya. Puan Sara juga sibuk berbual dengan kenalannya.

Puan Mila dan Puan Raifah segera mengambil kesempatan mendekati Izy yang sendirian itu. Mereka duduk di depan Izy. Izy tersentak tapi dia cuba memaniskan wajah. Dia tahu itu mak long dan mak su Ariq.

"Mak long," Tegur Izy.

Puan Mila mencebik tak suka.

"Siapa mak long kau?"

Izy tertunduk. "Maaf, auntie."

"Apa la yang Ariq pandang dekat kau ni ek? Nak kata cantik, tidak. Nak kata kaya, lagi la tidak. Kau pakai bomoh ea nak pikat Ariq?"

"Astaghfirullahalazim. Sumpah saya tak buat macam tu, auntie." Berat sangat tuduhan tu.

Puan Raifah tersenyum sinis.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now