[16] Sekolah

226 2 2
                                    

Setelah tiga hari tidak menjejakkan kaki ke sekolah, Ariq kini kembali ke tempat dia menuntut ilmu itu. Dia berangkat dengan Shamim dari cafe Syahril tadi. Syahril juga turut ke sekolah bersama mereka.

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan percubaan SPM. Ariq langsung tiada persiapan. Seminggu terakhir ini dia hanya dihadapkan dengan masalah yang tidak habis.

Apa nak jawab hari ni? Pasrah jelah!

"Ariq,"

Ariq mengangkat kening kepada Mikayla yang tersenyum kepadanya.

"Kau sakit ke? Muka kau pucat."

"Ha? Tak la, aku okey. Kurang tidur je semalam." Tak, dia tipu. Sebenarnya dia sudah rasa badannya lain macam hari ni tapi dia cuba mengabaikan itu.

Ikhwan yang berada di sebelah Ariq memandang lelaki itu. Ya, memang pucat wajah Ariq. Dia meletakkan belakang tangannya ke dahi Ariq.

"Panas doe badan kau, kau demam ni, Riq." Kata Ikhwan.

Ariq menjatuhkan tangan Ikhwan dari dahinya.

"Aku okey, sikit je ni. Aku boleh tahan lagi. Jom la, pergi dewan."

"Kau sakit ni. Jangan paksa diri, Riq!" Kata Ikhwan.

"Aku okey, Wan."

Mikayla pandang Ikhwan dengan pandangan risau. Ikhwan hanya mengangguk singkat. Dia juga risau tapi dia tidak mahu memaksa Ariq. Kalau dia dah kata okey, iakan saja. 

Mereka bertiga bergerak menuju ke dewan. Peperiksaan percubaan SPM akan diadakan di sana. Ariq duduk di tempat gilirannya sambil memegang kepalanya yang mula terasa sakit.

Jangan sekarang, please!

Sepanjang peperiksaan berjalan, Ariq sedaya upaya menahan dirinya agar tidak rebah. Dia juga memerah otak nya agar dapat menjawab soalan.

Masa dua jam setengah akhirnya tamat. Ariq meletakkan kepalanya yang berat di atas meja. Tidak lama kemudian, ada seseorang yang mengetuk mejanya. Ariq mengangkat kepala.

"Kau okey tak ni?" Soal Hazran.

Ariq menggeleng. Dia tiada daya untuk menipu lagi. Kepalanya benar-benar sakit saat ini, tubuhnya juga sangat lemah. Hazran meletak belakang tangannya di dahi Ariq.

"Panas, doe. Riq, bangun. Kita pergi bilik rawatan jom."

Ariq cuba bangkit dari duduk tapi tubuhnya terasa ringan. Dia rebah di situ, mujur Hazran sempat menahan tubuhnya.

"Allahuakbar, Ariq!"

Afif dan Ikhwan yang masih belum meninggalkan dewan menoleh ke arah suara Hazran. Segera mereka mendekat bila terlihat Ariq yang sudah pengsan.

"Haz, kenapa ni weh?" Tanya Ikhwan.

"Ariq tiba-tiba pengsan, doe."

"Aku dah cakap jangan paksa diri, Riq. Kan dah jadi macam ni." Sempat Ikhwan membebel.

"Angkat, angkat. Panggil cikgu, Wan!" Arah Afif.

Ikhwan hanya mengangguk. Dia berlalu dari situ. Afif dan Hazran memapah Ariq keluar dari dewan. Mereka membawa Ariq ke bilik rawatan untuk sementara.

Thunder yang berada di luar dewan panik melihat Afif dan Hazran yang sedang memapah Ariq itu. Mereka sebenarnya sudah panik sejak mereka nampak Ikhwan berlari keluar dewan tadi tapi mereka tak tahu apa yang jadi.

"Fif, Haz, kenapa ni? Ariq kenapa?"

"Ariq tiba-tiba pengsan dekat dalam tadi. Kau rasa, badan dia panas gila ni." Hazran yang jawab soalan Faiq.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now