Hanan yang baru saja mahu keluar dari rumah terhenti langkahnya bila tiba-tiba dia terdengar suara-suara yang menyebut namanya. Dia berdiri di balik tembok pagar rumahnya dan cuba memasang telinga.
"Eh, kau tahu tak? Si Hanan, laki dia baru je balik sini tak sampai dua tiga hari dah balik ke UK balik dah, kau rasa kenapa?"
"Ala, mesti sebab laki dia tak suka dia la tu. Kan aku dah cakap, diorang ni kena kahwin paksa. Si Hanan tu hah yang paksa laki dia,"
Sakit hati Hanan mendengar tuduhan tidak berasas itu. Tapi masih cuba di tahan lagi.
"Mana kau tau diorang tu kena kahwin paksa? Kau ni memandai je?" Ujar makcik bawang 3 pula.
"Ish, aku tahu la. Dah kalau bukan, kenapa tak sampai seminggu Hanan tu dah kena tinggal dengan laki dia?" Makcik bawang 1 yang mulut paling puaka antara mereka bertiga.
Hanan sangat mengenali suara mak cik itu. Dari dulu keluarga mereka memang tak ngam dengan jirannya yang satu ini. Makcik Zubaidah.
"Kan ke laki dia pergi sana belajar? Bukan larikan diri, Zu oi!"
"Ah, kau tahu apa Timah? Kau pun duduk berkurung je dalam rumah,"
"Tu la kan? Pasal tu la agaknya pun sampai sekarang si Hanan tu tak mengandung lagi walaupun dah dekat setahun kahwin. Suami dia tak nak sentuh dia gamaknya, jijik!"
Hanan memejamkan matanya. Dia memegang dadanya yang terasa sakit.
Ya Allah, berat sangat tuduhan tu. Kau sabarkan la aku, Ya Allah.
"Haah, makcik. Pagi-pagi dah bergosip ya? Macam mana la rezeki nak masuk kan? Orang patutnya pagi-pagi ni kita kena banyak zikir, istighfar. Ini pulak mengata orang ek?"
Entah dari mana Haiqal yang tiba-tiba muncul di situ, Hanan sendiri tidak perasan kehadiran adik keduanya itu.
Terus bubar geng makcik bawang itu. Masing-masing mula balik ke rumah masing-masing.
"Along kenapa diam je? Diorang semua mengata along tahu tak?"
"Dah tu angah nak along cakap apa? Memang betul apa yang diorang cakap kan? Along memang belum mengandung,"
"At least, bantah cakap diorang. Tak semua yang diorang cakap tu betul, along. Diorang cakap bukan-bukan pasal along, along tak sakit hati ke? Eh, angah yang dengar ni pun panas jelah!"
Hanan, wanita itu sangat sukar untuk diduga. Kadang dia terlihat tegar tapi, tiba-tiba dia akan jadi rapuh. Memang seorang yang ceria tapi tak tahu apa yang disembunyikan di sebalik itu. Mungkin Hanan juga pakai topeng sama seperti apa yang Izy buat dulu?
"Along tak nak bagitahu abang long ke pasal ni?"
"Buat apa? Tak payah la, dia pun dah cukup pening dengan study dia dekat sana. Tak payah la tambah lagi,"
"Tapi along kan isteri dia? Mesti la dia kena tahu. Ke nak angah yang bagitau abang long?"
Hanan menggeleng.
"Jangan. Okey, nanti along bagitahu dia. Angah jangan cakap apa-apa ea?"
Haiqal mengangkat bahu.
"Along nak pergi cafe ke ni?"
"Tak, along nak pergi Vinca, tengok Izy dengan baby."
Haiqal mengangguk-angguk.
"Elok-elok. Angah pun nak pergi kolej dah ni. Nanti kirim salam dekat Kak Izy dengan Auntie Sara,"
"Inshaa Allah,"
Hanan masuk ke dalam keretanya. Dia menarik nafas panjang sebelum memandu keluar dari rumah. Dia rasa ingin mengadu pada Syahril tapi tak tahu apa yang patut dia adukan.
YOU ARE READING
Dua Jiwa Satu Hati
JugendliteraturSequel Riverhawks High School (Ariq version) Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?