[15] Serabut

236 2 0
                                        

Aqmal masuk ke dalam cafe milik keluarga Syahril. Di sana sudah ada Fahim, Zaqif dan Syahril. Yang lain belum sampai lagi.

"Mana yang lain?" Tanya Aqmal.

"Tak sampai lagi, Afif mungkin tak datang kut." Jawab Fahim.

"Kenapa?"

"Sebab dia nak keluar dengan Mika." Balas Zaqif.

Aqmal mengambil tempat di sofa yang berada di sebelah Syahril. Dia duduk di situ. Di cafe Syahril ini, ada bilik yang agak besar khas untuk Thunder lepak. Di dalam bilik itu juga tersedia ps set dan juga game lain.

"Aik, dia dah okey ke dengan Mika?" Aqmal menyoal

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Aik, dia dah okey ke dengan Mika?" Aqmal menyoal.

"Sebelum ni diorang tak okey ke?" Zaqif pelik.

Zaqif memang jenis yang takkan ambil tahu pasal hal orang. Bukan tak ambil berat tapi, dia malas nak masuk campur. Kecuali masalah Ariq. Bagi dia, masalah Ariq ni dalam kategori berat dan dia perlu turun tangan.

"Kau ada ajak Ariq?" Soal Syahril kepada Aqmal.

Aqmal menggeleng singkat.

"Aku call dia tadi, tapi tak lama lepas tu dia terus letak. Aku rasa dia ada masalah lagi dengan family dia sebab tadi aku terserempak dengan mak long mak su dia, aku dengar diorang cakap pasal Ariq. Betul ke dia nak kahwin? Dia ada cakap dengan korang?"

"Entah, dia cakap dengan aku macam tu tapi aku tak nampak dia serius." Ujar Syahril.

"Kau dengar apa je diorang cakap?" Soal Zaqif.

Aqmal menatap satu persatu wajah tertanya-tanya mereka bertiga.

"Aku dengar mak long dia cakap, dia bawa balik perempuan tadi dan Ariq kenalkan perempuan tu sebagai calon isteri dia."

"Kembar Raihanah?" Fahim terkejut.

Aqmal angkat bahu.

"Mungkin? Dan satu lagi aku dengar, mak su dia nak rampas Sapphire dari Ariq. Dia nak bagi Sapphire kat anak dia."

"Hah?" Terkejut mereka bertiga.

"Ish, aku tak faham doe. Tak habis- habis masalah keluarga Ariq ni."

Syahril mengangguk setuju dengan kata-kata Zaqif itu.

"Jangan harap diorang boleh ambil Sapphire dari aku!"

Serentak keempat mereka menoleh ke punca suara. Ariq berjalan dengan wajah kusut, rambut yang serabai ke arah mereka. Lelaki itu tampak benar- benar kacau.

Dia merebahkan tubuhnya ke sebelah Aqmal. Kepalanya disandarkan ke sofa sambil menghembus nafas berat. Batang hidungnya diurut perlahan.

Aqmal menoleh ke sebelah.

"Kau okey tak ni? Tak, aku salah soalan. Kau dari mana?"

"Hantar Izy."

"So, betul la kau bawa dia pergi rumah kau tadi?"

"Hm," Ariq mengiakan pertanyaan Aqmal.

Ariq memejamkan matanya. Kepala nya sangat serabut.

"Kau tak nak cerita apa-apa ke dekat kitorang? Ke sebab tak ada Afif?" Ujar Syahril.

Ariq membuka semula matanya lalu menatap Syahril.

"Syah, apa kau ni?"

"Apa? Aku tanya je kan?"

"Bagi aku masa, Syah. Hari ni masalah datang dekat aku bertimpa-timpa. Aku tak boleh nak terima semua sekaligus. Kepala aku berat doe!"

"Kau tak makan lagi kan?"

Ariq yang sudah kembali menutup matanya itu menggeleng menjawab soalan Syahril.

"Aku tak ada selera."

"Tak, kau kena makan. Tunggu kejap, aku bawa kau makanan." Syahril berlalu keluar ke dapur.

Ariq memang langsung tidak sentuh makanan hari ini. Dari pagi dia ke Sapphire sampai tengah hari, dengar kenyataan yang membuat dia keliru, dengan mak long yang mengusutkan lagi keadaan, dengan mama yang tiba-tiba suruh dia tunang dengan Izy hingga dia lupa sama sekali untuk makan. Sekarang jam pun sudah menunjuk ke angka 9 malam.

Aqmal, Zaqif dan Fahim tidak mahu mengganggu Ariq. Mereka membiar kan lelaki itu menenangkan dirinya dulu. Syahril yang baru masuk sambil membawa makanan juga tidak mahu mengejut Ariq yang nampak sudah terlelap itu.

"Dah lama ke dia tidur?"

"Baru je, biar la dia tidur dulu. Penat sangat kot hari ni." Kata Fahim.

Syahril angguk. Dia meletakkan makanan tadi di atas meja. Kain yang berada di dekat Zaqif diambil lalu di selimutkan ke tubuh Ariq.

Ariq terjaga bila dia rasa sudah cukup lama dia terlelap. Hanya ada Syahril di situ. Fahim dan Zaqif sudah tiada di sana. Ariq terkebil-kebil memandang Syahril. Dia bangkit dari baringan yang entah sejak bila dia baring. Dia rasa dia cuma bersandar sambil pejam mata sekejap.

"Syah,"

Syahril yang sedang sibuk dengan telefon bimbit di tangan menoleh.

"Kau asal bangun? Tidur la lagi, baru pukul 12."

Ariq melirik jam di dinding. Sudah pukul 12:15 tengah malam. Patut la Zaqif dengan Fahim dah tak ada.

"Zaqif dengan Fahim balik dah?"

"Hm, baru je."

"Sorry, Syah. Pasal aku, kau tak boleh balik."

"Tak ada hal la, aku okey je. Lagipun aku dah biasa tidur dekat sini. Kau tu, aku takut kau tak selesa tidur dekat sofa."

Ariq menggeleng.

"Aku bukan dalam keadaan untuk cerewet, Syah. Mana-mana selesa bagi aku kecuali rumah aku. Aku lagi rela tidur atas sofa ke atas lantai ke asal aku tak balik rumah. Rumah bukan tempat yang nyaman untuk aku, Syah. Aku tak pernah rasa tenang setiap kali aku balik sana."

"Aku tak boleh nak cakap lebih-lebih Riq, sebab aku tak ada dekat tempat kau. Tapi kau tak pernah cuba slow talk dengan mama kau ke?"

Syahril kini meletakkan telefon bimbitnya ke tepi. Matanya fokus ke arah Ariq.

"Bukan aku tak cuba, Syah. 7 tahun ni, aku cuba nak berbaik dengan dia. Tapi setiap kali kitorang buka mulut, mesti akhirnya akan bertekak jugak. Aku nak buat macam mana?"

"Hubungan kau dengan mak long mak su kau macam mana?"

"Aku dengan mama aku pun tak baik apatah lagi dengan diorang? Kau dengar kan Aqmal cakap apa tadi? Diorang nak rampas hak aku."

"Complicated doe, keluarga kau ni!"

Ariq mengangguk. Dia tak pernah terasa atau marah bila Thunder kata keluarganya itu ini sebab itu memang kenyataannya. Dia juga mengaku dia memang anak broken home.

Ibu bapanya bercerai tujuh tahun yang lalu. Ketika itu umurnya baru sepuluh tahun. Umur-umur yang orang kata masih memerlukan kasih sayang dan perhatian orang tua. Tapi sejak saat itu, Ariq sudah mula hidup sendiri. Dia dipaksa untuk dewasa di usia dia saat itu dan itu sakit. Mujur arwah atuknya ada ketika itu.

"Tidur la Riq, esok sekolah. Uniform kau, aku dah suruh Shamim ambilkan dekat rumah Afif, kau ada tinggalkan dekat sana kan?"

"Hm,"

"Esok awal pagi dia datang sini. Dah Riq, kosongkan fikiran kau. Trial dah esok. Ni kau mesti tak study kan?"

Ariq tersenyum nipis.

"Tak terfikir, doe."

"Tak apa, kau tak study pun kau dah pandai."

"Pandai? Otak aku sekarang ni dah kosong habis, Syah. Aku pun tak tahu nak jawab apa esok. Silap-silap esok kertas aku kosong semua."

"Redha dan tawakal jelah, Riq."

Dua Jiwa Satu HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang