[28] Sepupu

178 2 0
                                    

Faiq menyiku lengan kiri Ariq ketika mereka sedang berjalan ke tempat letak kenderaan. Ariq menoleh ke sebelah sambil beri isyarat kenapa kepada Faiq. Lelaki itu menunjuk ke arah sesuatu dengan kepalanya. Ariq memandang ke arah itu. Dia hembus nafas berat bila melihat orang yang sangat tidak mahu dia jumpa.

"Cousin kau kan?"

"Iq, aku jumpa kau nanti la. Aku settle ni dulu, bagitahu yang lain."

"Okey,"

Faiq bergerak ke arah motornya yang terparkir tidak jauh dari situ. Dengan langkah berat, Ariq berjalan ke arah Tasya yang sedang bersandar elok di keretanya.

"Kau buat apa dekat sini?" Dingin suara Ariq.

"Aku nak jumpa cousin aku sendiri, nak tanya khabar. Tak boleh ke?"

Ariq tersenyum sinis.

"Tak payah nak basa basi dengan aku. Kita tak serapat tu untuk saling tanya khabar."

"Relaks la, Ariq. Hidup kau ni serius je memanjang kan?"

"Aku akan ramah dengan orang yang aku rasa patut je,"

Riak wajah Tasya sedikit berubah tapi cepat-cepat dia cover.

"By the way, kau dengan tunang kau macam mana? Eh jap, aku nak tanya. Kenapa kau boleh tunang dengan dia ek? Kata ibu aku tunang kau tu bukan nya cantik, kaya pun tak. Apa yang kau berkenan sangat? Dah la tua dari kau pulak kan?"

Eh, perempuan ni. Dah la sekarang berdiri tengah panas ni, lagi dia buat aku panas.

"Kau patutnya terima je Keisya tu, kita dah tahu latar belakang keluarga dia macam mana bukan macam tunang kau, tak jelas. Lagipun family kita dah janji dengan family diorang kan?"

"Okey, sekarang aku tanya kau pulak. Kenapa tak kau je yang kahwin dengan family diorang? Kenapa aku? Mak kau kan yang buat janji? Kau la kahwin sana, kau kan anak berbakti sangat,"

"Eh, kau jangan nak kurang ajar ea dengan aku? Aku lagi tua tahu dari kau? Hormat sikit!"

Ariq berdecak.

"Dengan mak kau pun aku tak hormat, kau siapa?"

Tasya terpaku.

"Aku paling benci dengan orang yang main umur untuk tutup salah diorang. Tak gentle, doe. Sikit-sikit kurang ajar, sikit-sikit hormat. Eh, pergi mampus la!"

"Ariq!!"

"Apa? Eh, sekali lagi aku dengar kau burukkan tunang aku, kau siap ea, Sya? Aku tak peduli la kau siapa,"

Ariq berjalan ke arah keretanya.

"Tepi sikit,"

Tasya yang berdiri di pintu pemandu itu bergerak ke tepi dan Ariq masuk tanpa pamit.

                            🌹🌹🌹

Loceng di pintu masuk berbunyi tanda ada pelanggan yang masuk. Izy saat ini sedang mengerjakan sesuatu di kaunter. Dia tersenyum sambil mengangkat kepalanya.

"Selamat da-" Mati senyuman Izy bila melihat wajah Azie.

Azie memang belajar di universiti di Akasia. Tapi belum pernah lagi dia terserempak atau jumpa Azie di situ. Jika Ariq ada Tasya, sepupu yang paling dia benci, Izy ada Azie. Nama mereka memang lebih kurang tapi, sifat mereka langsung tak sama.

"Oh, dekat sini rupanya kau kerja?" Azie melihat sekeliling cafe itu.

"Berlagak sangat dengan aku, rupanya kerja dekat cafe kecil je."

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now