[2] Kenyataan

327 1 0
                                    

Esok paginya, Ariq masuk ke dalam kelas tanpa menegur sesiapa dan sesiapa yang menegurnya dia abaikan begitu saja, sungguh dia tiada mood pada hari itu. Dia berjalan terus ke tempatnya lalu duduk dan meletak kan kepala di atas meja. Begnya suda awal-awal dia campak ke bawah.

Ikhwan dan Mikayla yang melihat keadaan Ariq itu, pelik. Mereka saling berpandangan dan masing-masing hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Kelas pada hari itu sedikit bising dari biasanya dan itu sangat menganggu buat Ariq yang memang tiada mood. Ariq angkat kepalanya yang diletak kan di atas meja sambil menghentak meja itu agak kuat. Serta merta diam seluruh pelajar di kelas itu.

Ikhwan dan Mikayla sampai menoleh ke belakang ke arah Ariq.

"Korang kalau nak berborak, nak bising, pergi pasar sana la. Memekak tahu tak?" Ujar Ariq tanpa perasaan.

Ariq kemudian bangun dari duduk lalu berjalan keluar dari kelas. Ikhwan ingin mengejar tapi ditahan oleh Mikayla.

"Biar la dulu, Ariq tengah panas tu. Bagi dia reda dulu."

Ikhwan tidak jadi melangkah tapi dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu sebelum dihantar kepada seseorang.

~5 Aster~

Ting! Ting! Ting!

Afif menarik keluar telefon bimbitnya dari poket blazer selepas terdengar ada notifikasi yang masuk.

"Asal?" Soal Shamim yang duduk di sebelahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Asal?" Soal Shamim yang duduk di sebelahnya.

Afif menggeleng.

"Aku keluar kejap!"

Shamim angguk. Afif berlalu keluar dari kelas. Dia mencari Ariq di sekitar kawasan blok kelas mereka. Tapi tak kelihatan kelibat Ariq.

Mana kau ni, Riq?

Afif mencari di kawasan kantin, juga tiada. Di kawasan gym juga tiada. Di tandas lagi la tiada. Kalau call ni, sah la dia takkan jawab. Hanya satu saja lagi tempat. Rooftop!

Segera Afif berlari naik ke rooftop. Tepat jangkaannya. Ariq sedang berdiri di tepi tembok. Afif berjalan mendekatinya.

"Riq!"

Ariq menoleh.

"Mana kau tahu aku kat sini?" Soal Ariq.

"Wan mintak aku cari kau. Dia kata kau marah-marah kat kelas tadi. Asal? Kau ada masalah ke?"

Ariq geleng.

"Aku kenal kau bukan sehari dua la, Riq. Kalau kau ada masalah, apa salah nya kau cerita kat kawan kau ni."

Ariq meraup rambutnya yang serabai akibat ditiup angin itu ke belakang sambil menghembus nafas perlahan.

"Aku bertekak dengan mama aku semalam."

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now