[26] SyaHan

190 2 0
                                    

Hanan tergesa-gesa keluar dari bank selepas mendapat panggilan dari Izy yang sendirian di cafe. Izy kewalahan sendiri mengurus cafe sementara dia ada urusan di bank di Vinca.

Dalam pada tergesa-gesa, Hanan tanpa sengaja melanggar seseorang yang sedang berjalan bertentangan dengannya. Hanan mengerutkan dahi nya tak puas hati.

Dah la dah lambat, siapa pulak yang langgar aku ni?

"Hey, awak buta ke?" Marah Hanan tanpa memandang orang yang dia langgar tadi.

"Eh, hello? Awak tu yang jalan tak pakai mata. Awak ingat ni track lumba lari ke?"

"Hey, awak cakap baik sikit ea? Saya dah lam-" Hanan freeze seketika bila dia angkat kepala dan melihat wajah orang yang dia langgar itu.

"Syahril?"

Syahril terkejut. Dia kenal ke dengan perempuan ni?

"Sorry? You know me?"

Hanan baru tersedar. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Han, Han. Macam mana boleh terlepas panggil nama dia ni? Takkan la aku nak cakap Izy yang bagitahu nama dia dekat aku?

Hanan memandang lelaki yang lebih tinggi di depannya ini. Eh, jap?

"Tu, nametag!"

Syahril juga baru menyedari hal itu. Dia masih pakai seragam sekolah dan blazer nya juga masih tersarung.

"Oh!"

Fuh, nasib baik!

"So, memang tak ada niat nak minta maaf la ni?" Soal Syahril.

"Sorry!"

"Tak ikhlas!"

"Eh, hello? Dah cukup baik saya minta maaf ea? Daripada awak tu? Dah la tadi awak lang-

Eh, tapi aku yang langgar dia?

"Hah, apa?"

"Langsung tak hormat saya, saya lagi tua dari awak tahu?"

"Okey. Saya minta maaf, mak cik!" Ujar Syahril dan berlalu begitu saja meninggalkan Hanan.

Hanan terkebil-kebil memandang Syahril yang sudah jauh darinya itu.

"Mak cik dia panggil aku?"

                          🌹🌹🌹

Syahril masuk ke dalam kedai makan yang sudah dihuni hampir separuh kedai oleh Thunder. Dia duduk di sisi Hazran dengan wajah bengang.

"Kau pergi mana tadi? Asal lambat?" Tanya Shamim.

"Aku pergi ambil phone tadi, tertinggal dalam kereta. Lepas tu ada seorang mak cik ni langgar aku. Lepas tu dia pulak nak koyak."

"Mak cik? Mak cik mana pulak ni?" Ariq pelik.

"Entah, aku jumpa dia depan bank tadi. Kelam kabut je aku tengok. Dah la dia yang langgar aku, dia pulak yang mental. Bengang je aku,"

Mereka menggeleng-geleng kepala.

"Dah order ke?" Soal Syahril.

"Dah, kau punya macam biasa kan?"

"Kau dah order pun kan?"

Fahim sengih.

"Tapi yang langgar kau tu betul mak cik ke?" Soal Afif pula.

"Tak la, dia macam tua dua tiga tahun je daripada kita. Tapi, dia nak sangat aku hormat dia kan? Aku panggil la dia mak cik,"

Bergema kedai makan itu dengan suara tawa dari Thunder. Mujur saja hanya ada mereka di situ. Tidak la ganggu pelanggan yang lain. Kalau tak, mahu kena halau mereka dari situ oleh tuan kedai.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now