[22] Masalah

193 2 0
                                    

Saat ini, Izy sedang berdiri di depan sebuah rumah yang sangat tidak ingin dijejakinya tapi dia terpaksa. Kalau dia tak mengenangkan arwah ibu dan ayahnya, tak ingin dia ke sini. Dah la rumah ni pun hasil rampasan mereka dari Izy dan Raihanah.

Ya, rumah yang mak ngahnya tinggali sekarang adalah rumah peninggalan ayah ibu mereka. Kerana itu Izy tidak mahu ke sini. Dia akan teringat kisah hidup pahitnya di sini dan dia akan membayangkan bagaimana Raihanah dihalau waktu itu.

Sakit! Itu yang Izy rasakan saat ini.

Dengan lafaz bismillah dan helaan nafas dalam, Izy menguatkan diri dan masuk ke dalam. Pintu utama rumah diketuk sambil memberi salam. Izy menghembus nafas perlahan bila dia dengar salamnya dijawab. Dia undur setapak ke belakang.

"Waalaikum-" Terkejut Puan Ziya melihat wajah anak buahnya yang sudah lama tidak ditemui itu. Dia berdehem seketika untuk meneutral kan rasa terkejutnya.

"Waalaikumussalam. Oh, jumpa pulak kau ea jalan balik sini?" Sindirnya. Masih lagi angkuh seperti dulu.

"Jumpa, Izy belum buta lagi. Lagipun ini rumah ayah Izy kan? Mak ngah tu menumpang je, tak ada rumah sendiri ke?" Izy membalas sindiran itu.

"Kau nak apa datang sini?"

Izy melihat sekeliling seperti mencari sesuatu. Puan Ziya mengerutkan dahi.

"Kau cari apa?"

"Rumah ni memang tak ada kerusi meja ea? Memang kena cakap dekat luar macam ni?"

Puan Ziya memutar bola mata jengah dengan kata-kata pedas anak buahnya itu. Dia kemudian melebarkan pintu dan mempersilakan Izy masuk.

Mereka masuk ke dalam rumah dan Puan Ziya hanya membiarkan pintu rumah terbuka. Izy duduk di sofa tanpa dipelawa. Peduli apa dia? Ini sepatutnya rumah dia.

"Nak minum? Eh, tak payah la kan?" Ujar Puan Ziya sombong.

"Tak perlu, saya pun tak nak. Makan minum dalam rumah ni entah halal entah tidak." Bukan niat Izy nak menyindir tapi dia terlepas cakap.

"Makin menjadi-jadi kau kan? Biadab betul. Mak bapak kau tak ajar ke? Oh lupa, mak bapak kau mana sayang kau kan? Anak diorang Nana je,"

Niat Izy yang ingin meminta maaf terus diurungkan. Orang macam ni memang tak perlu buat baik.

"Dah la, mak ngah. Izy datang sini pun bukan nak beramah mesra dengan mak ngah. Izy nak minta restu mak ngah. Sebenarnya tak perlu pun kan? Tapi Izy kenangkan arwah ibu je Izy datang jumpa mak ngah ni. Kalau tak, tak ingin Izy."

"Restu apa? Kau nak kahwin? Ada ea orang nak kat kau? Dah la kasar, muka tak berapa lawa. Adab pun tak ada,"

Izy mengepalkan tangannya, geram. Dia sedaya upaya menahan dirinya dari meledak di depan mak ngahnya itu. Kalau ikutkan hatinya, nak je dia siat-siat mulut mak ngah ni.

"Assalamualaikum."

Mereka menoleh serentak ke muka pintu. Izy menghembus nafas berat. Satu lagi yang dia perlu hadapi. Azie, anak kedua mak ngah yang dari dulu tak pernah ngam dengannya. Azie itu hanya muda setahun darinya.

"Waalaikumussalam,"

"Eh, ada anak pungut?"

Kan? Izy cakap apa?

"Lagi elok aku ni yang anak pungut dari kau anak pengkhianat?"

"Izy!!" Jerkah Puan Ziya.

"Apa? Mak ngah terasa? Ada Izy sebut nama mak ngah ke? Tak ada kan?"

Mata Puan Ziya memerah menahan amarah tapi masih cuba ditahan. Azie berjalan ke arah Puan Ziya dan duduk di sebelah ibunya itu.

"Kenapa dia datang sini?"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now